
PM jadi Menteri Kewangan, Akhirnya Yb Rafizi Buka mulut yang membolehkan itu terjadi
Menteri Ekonomi, Mohd. Rafizi Ramli menyifatkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah sesuai dengan keadaan semasa negara yang dianggap ‘luar biasa’.
Jelasnya, ia satu keperluan sukar diambil kerajaan kerana dengan adanya gabungan-gabungan yang membentuk kerajaan, sudah tentu setiap komponen mahu jawatan Menteri Kewangan berada di pihak mereka.
“Oleh kerana situasi luar biasa keputusan itu sesuai buat masa sekarang, Perdana Menteri yang jadi Menteri Kewangan supaya tidak ada isu.
“Kalau ikut pandangan saya secara idealnya, kita pisahkan jawatan Menteri Kewangan dengan jawatan Perdana Menteri dan pendirian itu tidak berubah.
“Hanya kerana keadaan sekarang ini mendesak, kita kena ambil pendirian itu dan tidak bermakna bahawa ia perlu diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di sini, pagi tadi.
Susulan ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wujud disebabkan oleh Perikatan Nasional (PN) menolak titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan bersama PH.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Rafizi di laman TikToknya, dia memaklumkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada kali ini menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan majoriti mudah yang memaksa parti PH atau PN bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan.
“Lebih unik lagi, keputusan ini (PRU15) menyebabkan PN atau PH pun tidak boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN). Mana-mana gabungan memerlukan penyertaan BN untuk membentuk kerajaan.
“Kalau pun PN berjaya mengumpulkan sokongan daripada semua parti lain selain daripada PH atau BN, PN tidak boleh membentuk kerajaan,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan tidak mahu mengulangi episod pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’ dimana ada segelintir ahli parlimen yang mengalihkan sokongan semata-mata mahu mendapatkan jawatan.
Susulan itu, parlimen meluluskan undang-undang Anti Lompat Parti yang bertujuan untuk menyekat tindakan ahli parlimen daripada menyokong calon Perdana Menteri dari parti lain tanpa persetujuan dan pengetahuan parti masing-masing.
“Ini dilema yang dihadapi semua gabungan sejurus selepas keputusan PRU15 dimuktamadkan. PN yang mula-mula mengaku mereka ada majoriti dan mendabik dada akan membentuk kerajaan.
“Mereka sebenarnya tidak jujur kepada rakyat bahawa majoriti yang mereka ada itu adalah hasil daripada ‘ulang tayang Langkah Sheraton’.
“Mereka mengaku konon ada 10 ahli parlimen BN yang memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan tindakan 10 ahli parlimen BN itu tidak mendapat restu dan persetujuan daripada BN,” ujarnya.
LIHAT VIDEO DISINI
Jelasnya lagi, sebelum ini BN sudah membuat keputusan untuk kekal menjadi pembangkang dan memberi laluan kepada PH dan PN untuk membentuk kerajaan.
Namun begitu, disebabkan PN menolak untuk bersama PH, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akur dengan titah tuanku supaya bersama-sama dengan PH bagi membentuk sebuah kerajaan.
Sumber : Ohmy media
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment