“Saya tdk akan maafkan dia..”- Jarang Post Status Di ‘IG’, Tak Sangka Ini Yg Berlaku Dgn Bella Astillah

“Saya tdk akan maafkan dia..”- Jarang Post Status Di ‘IG’, Tak Sangka Ini Yg Berlaku Dgn Bella Astillah

Kuala Lumpur: Berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatannya dan keluarga, pelakon Bella Astillah berharap perkongsiannya diambil sebagai iktibar. Bella berkata dia mengambil pendekatan menggunakan kaedah alternatif iaitu berubat secara perubatan Islam selepas mengalami perubahan menjadi seorang pemarah selain berhadapan masalah kesihatan.

“Eh bagaimana tahu ni? Saya tak suka nak gembur-gemburkan, sepatutnya saya dan keluarga dah duduk berbincang, biar antara kami saja. Tapi, saya kongsikan untuk kita semua ambil iktibar.

“Saya sendiri takut nak cakap benda ini sebab tak pernah alami. Kalau kalian tengok saya jarang ‘post’ dekat IG (Instagram) sebenarnya saya kurang sihat. Saya pun mula berubat, minta ustazah datang rumah.

“Rasanya baru lagi kita pergi Sabah, tapi ‘last minute’ saya tak dapat pergi ke pentas (buat persembahan), saya dekat hotel sebab sakit, tiba-tiba rasa tak boleh perform, tak ada suara,” katanya.

Menerusi temu bual bersama Melodi baru-baru ini, isteri kepada juara Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz ini berkata anak mereka Ara Adreanna turut terkena gangguan itu.

“Yang nombor dua, Ara ada kena, tapi Ayden yang tak ada. Ara macam setiap hari, setiap malam antara jam 2 pagi sampai ke 4 pagi dia akan jerit dan menangis meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari, bila pergi doktor tak ada apa.

“Itu yang terfikir nak kena ikhtiar juga. Aliff pula rasa tak boleh nak kerja, rasa lemau dan sakit badan. Cuma, saya pula mimpi ular dan ada mengadu dengan mama.

“Saya tak pernah terfikir sihir ke apa, sampailah rasa tak sihat dan minta ustazah bawa air zam zam dan barulah kita bercerita, dan itu tandanya tak baik. Saya minta berturutan sebanyak empat kali. Mimpi ular besar, ular terputus, terbelah dua, mimpi Ayden pegang ular itu,” katanya.

Sementara itu, Bella menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang melakukan perkara terkutuk terhadap dirinya dan keluarga.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, bagaimanapun rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*