
“Saya Tak Jual UMNO” – Zahid Hamidi Pastikan DAP Hormati Hak Istimewa Melayu Adalah Utama
Menurut laporan Astro Awani, beliau juga memperjelaskan yang keputusan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan juga diambil untuk kepetingan rakyat dan BN.
Saya tidak akan pernah ‘menjual’ UMNO, saya tidak akan pernah ‘menjual’ BN… (namun) yang lebih penting kita mesti menjadi kerajaan… apabila kita menjadi kerajaan kita pastikan bahawa hak rakyat, kepentingan rakyat dan keperluan rakyat mesti diutamakan.
Bukan tu jer, Ahmad Zahid juga mengatakan yang Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, bahawa DAP kini mempunyai kepimpinan baharu yang akan mematuhi Perlembagaan termasuk hak istimewa orang Melayu.
Setiausaha Agung DAP mengatakan kami DAP baharu, kepimpinan baharu, kami patuh… kami akur sebarang perkara yang ada dalam Perlembagaan termasuk empat perkara itu (termasuk kedudukan Islam dan institusi Raja).
Semoga yang baik-baik saja untuk kerajaan baru kita ni ya.
Kredit: Astro Awani
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment