“Dengan siapa tu?”- Kelibat Shuk Sahar bersama wanita di kedai emas dipersoal

“Dengan siapa tu?”- Kelibat Shuk Sahar bersama wanita di kedai emas dipersoal

Nama pengacara dan pelawak sensasi, Shuk Sahar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kontroversi yang terpalit beberapa tahun kebelakangan ini telah meranapkan kerjaya seninya yang sebelum ini berada di puncak.

Shuk dengan siapa tu kat kedai emas?
Terbaharu, nama pelawak berusia 36 tahun itu kembali menjadi bualan hangat warganet apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama seseorang wanita di sebuah kedai emas.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok dikenali @raje_ridzuan_khai, kelihatan susuk tubuh lelaki dipercayai Shuk Sahar sedang berada di hadapan kaunter kedai emas bersama seorang wanita.

“Dengan siapa itu, Shuk Sahar?”soal pengguna berkenaan sambil mentioned akaun selebriti berkenaan.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut memadankan pakaian warna tema yang sama iaitu hitam, baik dari tudung sehinggalah ke seluar. Malah, mereka berdua juga dilihat mesra dan bahagia ketika berada di kaunter berkenaan.

Dengan Fara Salleh ke?
Hantaran itu sememangnya menarik perhatian ramai terutama kelibat wanita dalam video tersebut sehingga ada di kalangan netizen memetik nama seseorang yang pernah mencetuskan kontroversi hangat rumah tangga Shuk bersama isteri sebelum ini.

Rata-rata netizen mengatakan wanita berkenaan sebenarnya Fara Salleh dan ia dikatakan demikian berikutan tubuhnya yang kurus.

LIHAT VIDEO DISINI

Serra la kot, kan dah berbaik
Tidak kurang juga ada netizen mengatakan wanita berkenaan adalah isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera memandangkan dia kini juga sudah kurus dan cantik.

Bukan Shukri Yahya tapi Shuk
Selain itu, mereka turut berseloroh mengenai ‘nama’ pelakon Shukri Yahaya ditulis dalam video tular.

Tipah tertipu, Shuk promote kedai emas rupanya
Teka-teki terjawab akhirnya apabila Shuk atau nama sebenarnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar berkongsi video berkenaan di laman Instagram miliknya. Ternyata video berkenaan hanyalah bertujuan untuk mempromosi barangan kemas.

Sekadar info, beberapa tahun lalu, nama Shuk pernah terpalit dengan kontroversi berlaku curang dibelakang isterinya, Rossa Sera sehingga kerjaya seninya hancur.

Untuk rekod, Shuk dan Serra berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber: TikTok @raje_ridzuan_khai, Instagram @shuk_sahar@rossa.sera

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*