“Nmpak macam suami isteri ttp macam tak..” Akhirnya Mas idayu dedah status hubungan bersama suami

“Nmpak macam suami isteri ttp macam tak..” Akhirnya Mas idayu dedah status hubungan bersama suami

HAMPIR tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Mas Idayu mengadu dia dan suami,
Muhammad Sufian Isa jarang dapat menghabiskan masa bersama-sama disebabkan sibuk dengan komitmen kerja. Mas atau Mad Idayu Mesnun, 50, berkata, sepanjang tempoh itu mereka lebih banyak berkomunikasi melalui telefon untuk bertanya khabar selain berkongsi tentang aktiviti harian masing-masing.

“Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk dengan pelbagai kerja tetapi kalau balik tak dapat jumpa salah seorang, kami pastikan akan berkomunikasi menerusi telefon. “Seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang… nampak macam suami isteri tetapi macam tak, katanya kepada mStar.

Mas Idayu akui jarang berjumpa dengan suami kerana kesibukkan kerja. Mas mendedahkan perkara it ketika ditemui pada sidang media program Famili Duo yang diadakan di Artisan’s Playground by Cookhouse, pada Selasa. Bagaimanapun kata Mas, sekiranya bertemu dan dapat meluangkan masa bersama, mereka bagaikan pasangan yang baharu sahaja bercinta dan seperti tidak dapat dipisahkan.

“Tapi bila jumpa kami macam pasangan baru bercinta!” katanya. Dalam pada itu, Mas berkata, dia dan Sufian sangat menantikan kedatangan bulan
Ramadan kerana ia masa paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ini kerana kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu, kebiasaannya pada bulan puasa dia jarang menerima tawaran yang memerlukan komitmen tinggi dan lebih suka menghabiskan masa di rumah dan melakukan ibadah.

“Kalau untuk tahun depan, saya rasa quality time kami adalah pada bulan Ramadan. Insya Allah, Ramadan nanti kita nak bersama-sama dengan keluarga… tiadalah nak ambil program-program berat, katanya.

Sementara itu, Sufian, 51, mendedahkan mereka biasanya akan berjumpa maksimum dua kali dalam seminggu kerana isterinya itu sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan.

Pun begitu, Sufian tidak berasa terpinggir dengan situasi tersebut memandangkan cukup memahami kerjaya Mas sebagai seorang selebriti. Sufian dan Mas berkahwin pada 16 September lalu. “Dalam seminggu pun kami jumpa sekali dua sahaja… tapi pada kami perasaan rindu itu sentiasa ada.

“Bila sudah berkahwin ini, asalkan saya tahu saya ada isteri dan Mas tahu dia ada suami, jadi masing-masing pandai jaga diri… saya rasa tiada masalah.

“Alhamdulillah setakat ini kami mash bercinta dan harap terus menyayangi sehingga akhir hayat,” ujarnya. Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*