Dah 10 Bulan Kahwin Tapi Blum Dpt Cucu, Tak Sangka Ini Kata2 Sheila Majid Kpda Anak & Menantunya

Dah 10 Bulan Kahwin Tapi Blum Dpt Cucu, Tak Sangka Ini Kata2 Sheila Majid Kpda Anak & Menantunya

Datuk Sheila Majid, 57, sudah bersedia untuk bergelar nenek, namun masih belum ada rezeki menimang cucu.

Terdahulu, anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan melangsungkan perkahwinan dengan Nik Nuralia Nik Fauzi, Februari lalu.

“Cucu, belum lagi. Bila tanya, mereka (anak) kata nantilah, nak travel (melancong) lagi. Jadi, saya serahkan pada mereka bila masing-masing sudah sedia memiliki cahaya mata.

“Untuk saya, memang dah sedia nak jadi ‘grandma’ (nenek). Sentiasa bersedia. Anak saya, baru seorang yang sudah berumah tangga. Kayda belum lagi. Dia nak kumpul duit dulu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023, semalam.

Selain itu, Sheila juga turut mengimbau kenangan dua tahun lalu di awal kehadiran pandemik Covid-19 yang disifatkan membawa hikmah tersendiri buat dirinya.

“Ketika penularan Covid-19 pada Mac 2020 lalu, saya tak dapat ke mana-mana dan tidak sibuk dengan kerja. Saya duduk di rumah, menjaga Allahyarham ibu siang dan malam.

“Alhamdulillah, saya anggap ia satu rahmat yang juga rezeki Allah buat saya apabila betul-betul dapat luangkan masa sepenuhnya dengan arwah ibu selama lima bulan untuk jaga, mandikan dia dan buat apa saja untuknya.

“Pada 1 Ogos tahun itu, ibu saya yang berusia 96 tahun akhirnya dijemput Ilahi kerana sakit tua. Sebagai anak dapat menjaga arwah sepenuh masa di saat-saat akhirnya sebelum menutup mata, saya bersyukur Allah hadirkan peluang itu,” katanya.

Sheila berkata, dia memang ada sediakan jururawat dan juga pembantu rumah untuk menjaga ibunya apabila keluar bekerja, tapi tetap berdoa jika apa-apa berlaku kepada ibunya, biarlah waktu itu dia berada di Kuala Lumpur.

Ibu Sheila, Allahyarham Datuk Paduka Saadiah Adam menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, di sini, jam 4.30 pagi pada 1 Ogos lalu.

Konsert Sheila Majid satu malam saja, tak ada malam kedua atau ketiga
Datuk Sheila Majid, 57, lebih suka penganjuran konsertnya berlangsung satu malam saja berbanding dibuat secara lanjutan untuk malam kedua atau ketiga.

Sheila berkata, konsert satu malam lebih istimewa kerana hanya boleh dirasai penonton pada malam itu saja dan tiada lagi selepas itu.

“Selalunya untuk konsert besar seperti penganjuran Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 sebegini, saya lebih suka tiada malam kedua dibuat, kerana itu lebih istimewa.

“Kalau untuk konsert amal lainlah, saya mungkin boleh lakukannya untuk malam kedua atau seterusnya. Tapi, tidak bagi konsert solo saya yang dibuat atas permintaan peminat juga.

“Sebabnya, kadang-kadang kita tak boleh terlalu bercita-cita tinggi. Kalau peminat nak lagi, mereka boleh datang pada konsert seterusnya. Buat apa anjurkan dua atau tiga malam, tapi tak laku.

“Jadi siapa yang nak tengok konsert saya ini kena beli tiket cepat. Saya tahu ada yang ingat bila penganjur umumkan tiket habis, mereka tak percaya dan ingat bila pergi ke lokasi, tiket masih ada dijual lagi,” katanya ingin mengubah persepsi sebegitu.

Sheila ditemui pada sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 , di sini.

Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 18 Mac tahun depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sheila menjanjikan persembahan yang berbeza dari konsertnya sebelum ini apabila Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 akan membabitkan 23 orang pemuzik dengan penyusunan lagu-lagunya yang lebih segar.

“Ini kali pertama saya akan menampilkan Big Band, yang mana ia (Big Band) adalah satu konsep muzik berbeza daripada apa yang pernah saya persembahkan sebelum ini.

“Saya sendiri tak sabar dan teruja nak tengok penyusunan muziknya oleh pengarah muzik, Mac Chew. Kami pastinya akan memberikan sebuah persembahan yang menarik buat penonton,” katanya yang akan membuat persembahan selama dua jam setengah.

Melihat tiket konsert terdahulunya, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 yang habis dijual, Sheila mengakui mempunyai harapan yang sama buat konsert kali ini.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*