
Baru je umum dilantik timbalan menteri, DS Hj Ahmad maslan katakn sesuatu buat PM DSAI
Hari ini, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Ini sekaligus membantu Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kementerian berkenaan.
Berita itu diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan senarai penuh nama Timbalan Menteri di 27 Kementerian di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
Sebaik sahaja Ahmad Maslan dilantik secara rasmi, beliau melalui satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya mengucapkan jutaan terima kasih atas perlantikannya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.
“Terima kasih atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,”tulisnya.
Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik selain gigih bekerja demi rakyat dan negara.
“Saya akan berikan khidmat yang terbaik, gigih bekerja demi rakyat dan negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia,”katanya.
Selain Ahmad Maslan, Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan memiliki dua Timbalan Menteri iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Steven Sim Chee Keong.
Sumber : ohmy media
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment