PeIik Lihat Pelajar Pakai Kasut Koyak Rabak, Cikgu Ini PanggiI Masuk Bilik Guru Dan Trbongkar Semua Cerita

PeIik Lihat Pelajar Pakai Kasut Koyak Rabak, Cikgu Ini PanggiI Masuk Bilik Guru Dan Trbongkar Semua Cerita

Setiap orang akan merasai alam persekolahan yang pastinya merupakan detik paling menarik dalam kehidupan kita.

Tanyalah sesiapa pun, kebanyakan akan mengatakan zaman persekolahan paling menyeronokkan. Pelbagai kisah suka duka bermula ketika kita menjejakkan kaki ke sekolah.

Bukan sekadar belajar ABC, di sekolah kita mula mengenal erti persahabatan dan pengorbanan seorang guru yang akan dikenang sampai bila-bila.

Meski pun begitu, tidak semua pelajar berpeluang merasai keseronokan itu kerana kesempitan hidup.

Begitulah kisah seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Sabah yang masih menggunakan kasut lama yang koyak, lusuh dan sempit.

Perkara itu dikongsi seorang guru di sekolah terbabit, Maisarah Hannan menerusi satu posting di Facebooknya.

Menurut guru kaunselor itu, dia terkejut dan merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kasut sekolah pelajar tingkatan dua itu selepas terlihat keadaan kakinya.

” Saya jumpa dia sebab nak beri surat untuk dapatkan kebenaran ibu bapa bawa dia ke program luar sekolah.

” Memang saya nampak pelik. Ada sesuatu tak kena dengan budak ni. Bila saya tengok kaki dia, kaki tu nampak lagi kecil dari badan dia.

” Bila saya tanya dia, kasut ni sempitkah? Dia kata ya cikgu. Saya lagi terkejut bila tengok bahagian belakang lagi teruk. Hancur, berlubang dan benang dah tertetas,” katanya.

Namun timbul rasa sebak dalam hati Maisarah apabila pelajar itu memberitahu kasutnya itu dipakainya sejak darjah enam lagi.

” Saya tanya kasut ni dari tahun lepas ke? Dia kata taklah, kasut ni dari saya darjah enam.

” Saya hilang kata-kata… kesian sebab biasanya kita jumpa budak setahun sekali memang dapat kasut baru kan.

” Tapi saya kagum dengan dia sebab dia boleh jaga kasut tu sampailah dia masuk tingkatan dua. Mungkin dia tahu ibu bapa dia susah nak beli semua tu,” katanya.

Jelas guru berasal dari Tawau, Sabah itu lagi, pelajar itu tidak pernah mengadu mengenai masalah yang dihadapinya itu.

” Dia memang tak meminta. Bila saya panggil dia dan tanya barulah dia mengaku kasut dia tu dah lama.

” Saya tak perasan selama ini. Itu yang bila jumpa baru nampak pelik. Memang kesian,” katanya.

Selepas pertemuan itu, Maisarah berkata dia tekad untuk membeli kasut dan stokin baru kepada pelajar dari keluarga tidak berkemampuan itu.

” Memandangkan waktu tu nak dekat cuti (Tahun Baharu Cina) saya tak sempat beli. Tapi sepanjang cuti tu saya tak senang duduk sebab asyik teringatkan pelajar tu.

” Jadi bila buka je sekolah (Isnin) saya minta budak lain panggil dia. Sampai je dekat bilik guru saya suruh dia buka kasut. Saya letak atas kertas A4 dan lukis.

” Saya suruh dia naik kelas. Saya pun minta kebenaran dari pentadbir untuk keluar cari kasut. Pentadbir okay dan saya pun keluar sekejap,” katanya.

Sebaik tiba di sekolah, Maisarah memanggil pelajar itu dan gembira melihat reaksinya yang seronok mendapat kasut sekolah dan stokin baru.

” Balik tu saya panggil dia. Dia pakai, cuma besar sikit. Saya tengok dia suka… senyum saja. Saya suruh dia balik rumah nanti cari perca kain masukkan dalam kasut sebab kasut tu besar sikit. Dia kata OK cikgu.

” Satu hari tu saya ternampak dia, saya panggil tanya macam mana kasut? Dia kata OK cikgu… saya letak kain dalam tu,” katanya.

Mengenai keperibadian pelajar itu, Maisarah berkata pelajar berkenaan seorang yang bijak, rajin dan tiada masalah disiplin.

” Dia jenis budak rajin. Tahun lalu dia start kelas tengah, sekarang dia naik kelas kedua pandai.

” Dia juga tiada masalah disiplin dan banyak improve dalam pelajaran. Saya doakan dia berjaya dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarganya,” katanya.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*