“Dia Pergi Selepas Waktu Maghrib..”- Takziah Untuk Keluarga Noki K-Clique Atas Kehilangan Insan Tersayang

“Dia Pergi Selepas Waktu Maghrib..”- Takziah Untuk Keluarga Noki K-Clique Atas Kehilangan Insan Tersayang

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika itu. Inilah pertama kali saya merasa kehilangan orang yang terdekat,” kata penyanyi Noki, 28, mengenai bapanya, Aji Lee Ahsam, 66, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Sipitang, Kota Kinabalu, Sabah, malam semalam.

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan berkata, dia sangat terkejut selepas abangnya memaklumkan khabar duka itu kerana bapanya tidak mengalami sebarang penyakit kritikal.

“Saya berada di gimnasium sewaktu abang sulung maklumkan ayah sudah tiada. Memang sangat mengejut dan secara tiba-tiba, saya tak boleh nak percaya. Apabila buat panggilan video dan melihat wajah ayah, arwah nampak tenang saja,” katanya

BAPA kepada penyanyi Noki K-Clique iaitu Aji Lee Ahsam, 66, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Sipitang, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkata, dia dalam keadaan tidak percaya apabila mendapat panggilan telefon daripada abang sulungnya memaklumkan pemergian bapa tersayang selepas waktu Maghrib semalam.

Ini kerana katanya, Allahyarham bapanya tidak mengalami sebarang penyakit kritikal melainkan masalah saraf yang dideritainya sejak muda.

“Ketika abang sulung telefon beritahu ayah sudah tiada, saya berada di gim ketika itu. Bayangkan dapat khabar mengejut secara tiba-tiba, memang saya tak boleh nak percaya.

“Kemudian kami buat panggilan video dan melihat wajah ayah yang sudah tidak bernyawa… saya lihat mukanya tenang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Noki yang berada di Kuala Lumpur ketika menerima khabar duka itu pulang ke kampung halamannya pada awal pagi Sabtu.

Dia ketika dihubungi sedang dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian arwah bapanya.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini. Inilah kali pertama saya merasai kehilangan orang terdekat.

“Sejak umur 30-an lagi ayah sudah berjalan menggunakan tongkat akibat sakit saraf. Dia juga sudah terlantar sejak beberapa tahun lalu namun tidak pernah pula ada sakit lain seperti jantung atau masalah buah pinggang,” ujarnya.

“Saya hanya dapat tike balik ke Kota Kinabalu awal pagi tadi. Saya terus ke kawasan tanah perkuburan untuk urusan pengebumian jenazah,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai bapanya, Noki memberitahu kali terakhir mereka bertemu adalah pada sambutan hari raya lalu dan kali terakhir berbual menerusi telefon seminggu lepas.

Meskipun tidak mempunyai sebarang sakit kronik lain, Noki memberitahu arwah sudah lama terlantar akibat masalah saraf.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah adalah minggu lepas. Jadi memang rasa amat sedih kerana tidak dapat berjumpa di saat-saat akhir hayatnya.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*