“Kalau dia tak nak ketat saya tak..” – Baru 2 Minggu Kahwin, Ini Kata2 Syifa Melvin Utk Suaminya
Selepas bergelar isteri, selebriti media sosial, Syifa Melvin menjelaskan tiada sebarang ketetapan daripada pelbagai sudut mahupun aspek pemakaian yang diminta oleh suaminya, Safawi Rashid.
Jelas Syifa, dia dan suami sentiasa bersikap terbuka selain sudah memahami kemahuan antara satu sama lain.
“Kami berdua sangat terbuka antara satu sama lain, tidak pernah untuk menetap sesuatu selepas kahwin untuk tidak buat itu atau ini. Even daripada segi pemakaian.
“Cumanya kalau nanti Safawi tak nak saya berpakian ketat saya tidak akan pakai ketat lah.
“Begitu juga kepada Safawi, saya tidak pernah menetapkan sesuatu perkara tertentu untuk dia, kami faham each other. Dia tahu apa saya tak suka, saya tahu apa dia tak suka.
“Kami kahwin bukan maksud kami bersatu, kami kahwin untuk saya jadi peneman dia dan begitu sebaliknya. Saya tak perlu jadi dia,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan berbulan madu bersama bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim itu, Syifa berkata perkara tersebut bukan menjadi keutamaan mereka buat masa ini.
Ini kerana, Syifa mahu suaminya itu memberikan fokus penuh kepada satu perlawanan penting yang bakal berlangsung hujung tahun ini.
“Penghijrahan kelab Safawi yang baharu insyallah saya akan ikut, sebab iya la kami dah kahwin kan. Saya nak sentiasa jaga, support dan berada di samping dia.
“Mengenai bulan madu saya dah bincang lama dengan suami, untuk dia fokuskan dulu pada bola sebab hujung tahun ada kejohanan besar, jadi bulan madu tak plan dulu, Insya-Allah akan rancang selepas itu,” tambahnya.
Sebagai rekod, Pempengaruh Syifa Melvin, 28, dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di sebuah hotel ternama
Pada majlis itu, pasangan terbabit dinikahkan jurunikah, Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan bapa pengantin perempuan iaitu Amirol Melvin.
Dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.
Syifa dan Safawi masing-masing kelihatan cukup berseri-seri dalam persalinan berona krim, manakala dekorasi dewan berkonsepkan dalam taman bunga.

Majlis terbabit dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat. Antara artis yang turut hadir adalah kakak Syifa, Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Uyaina Arshad, Raja Syahiran dan Lia Natalia.
Terdahulu, pasangan sejoli ini ‘mengunci mulut’ mengenai pernikahan mereka meskipun kad undangan majlis ijab dan qabul sudah tersebar.
Siang tadi, video malam berinai mereka pula dikongsikan seorang pemilik akaun Tik Tok. Menerusi video dengan kapsyen ‘Malam Berinai Syifa Melvin & Safawi Rasid’ berdurasi 13 saat di akaun miamia_mia11 itu, keduanya tersenyum menunjukkan tangan mereka.
Sebuah video penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi di stadium baru-baru ini turut tular dan terdapat netizen berkongsi kad jemputan majlis bertandang mereka bakal berlangsung pada 3 Disember nanti.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment