“Kami kahwin bukan maksud kami bersatu” – Syifa Melvin mula bersuara.

“Kami kahwin bukan maksud kami bersatu” – Syifa Melvin mula bersuara.

Pelakon dan selebriti media sosial, Syifa Melvin memaklumkan suaminya Safawi Rasid tidak menetapkan syarat dalam soal penampilan selepas mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Astro Gempak, dia dan suaminya yang juga pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu saling bersikap terbuka dan memahami kehendak masing-masing.

“Kami berdua sangat terbuka antara satu sama lain, tidak pernah untuk menetap sesuatu selepas kahwin untuk tidak buat itu atau ini. Even daripada segi pemakaian.

“Cumanya kalau nanti Safawi tak nak saya berpakaian ketat saya tidak akan pakai ketat lah. Begitu juga kepada Safawi, saya tidak pernah menetapkan sesuatu perkara tertentu untuk dia, kami faham each other.

“Dia tahu apa saya tak suka, saya tahu apa dia tak suka. Kami kahwin bukan maksud kami bersatu, kami kahwin untuk saya jadi peneman dia dan begitu sebaliknya. Saya tak perlu jadi dia,” katanya.

Berkongsi tentang perancangan bulan madu, pelakon berusia 28 tahun itu menjelaskan ia belum menjadi keutamaan kerana suaminya perlu memberi fokus bagi perlawanan besar dalam beberapa minggu lagi.

“Penghijrahan kelab Safawi yang baharu insyallah saya akan ikut, sebab iya la kami dah kahwin kan. Saya nak sentiasa jaga, support dan berada di samping dia.

“Mengenai bulan madu saya dah bincang lama dengan suami, untuk dia fokuskan dulu pada bola sebab hujung tahun ada kejohanan besar, jadi bulan madu tak plan dulu,

“Insya-Allah akan rancang selepas itu,” katanya yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin.

Terdahulu, pasangan itu selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 28 November lalu.

Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle) , Instagram Syifa Melvin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*