Sherry ‘k0ndem’ sengaja buat pembed4han demi kecantikan, Akhirnya Dat0 Aishah buka mulut

Sherry ‘k0ndem’ sengaja buat pembed4han demi kecantikan, Akhirnya Dat0 Aishah buka mulut

Penyanyi senior, Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin meluahkan rasa kecewa dan bengang apabila terdapat segelintir pihak terutama selebriti, Sherry Alhadad yang mengkritik tindakannya melakukan pembedahan bariatrik.

Dia yang lebih dikenali Aishah mengatakan perkataan ‘jalan mudah’ yang digunakan oleh pengacara berusia 38 tahun itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya terluka.

Tolong jangan bash kami. Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, penyanyi berusia 57 tahun itu berharap agar sesiapa sahaja termasuk Sherry supaya menghentikan kritikan dan pandang rendah kepada individu yang menjalankan pembedahan bariatrik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Katanya, golongan ini sudah banyak kali menggunakan pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dan pembedahan tersebut adalah pilihan terakhir.

“Tolonglah jangan asyik bash kami yang buat pembedahan bariatrik. Ianya bukan jalan yang mudah. Ada di antara kami, ia adalah satu-satunya cara untuk memulihkan seribu salah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesit,”tulisnya sambil memetik nama pengacara tersebut.

Jangan pukul rata, kami buat bukan sebab kosmetik
Dalam satu video lagi, Aishah berkata dia terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan yang diterima oleh golongan yang menjalani pembedahan bariatrik.

“Salam. Saya terpanggil buat video ini. Tak sedap la bila ada orang kondem pembedahan bariatrik. Satu fakta yang kau sebut buat kami semua terluka adalah jalan mudah.

“Bila buat bariatrik ini merupakan jalan terakhir. Ada di antara kami yang mempunyai masalah kesihatan. Jadi you jangan pukul rata. Kami buat sebab medical reason bukan kosmetik. Korang tak tahu mungkin artis ada penyakit hernia dan gastrik. Jangan ingat buat ni saja-saja.

Tak kisah kalau nak jual produk bagi tujuan kruus tapi jangan perlekeh keputusan orang lain
Dalam pada itu, dia tidak kisah sekiranya mana-mana individu yang mahu menjual produk kurus mereka kepada orang ramai. Namun, mereka ini janganlah sesekali memperlekehkan keputusan orang lain yang menjalani pembedahan bariatrik atau turut dikenali pemotongan usus.

Katanya lagi, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk menurunkan berat badan tetapi tiada hasil.

“Risiko dia sama dengan pembedahan lain. Jangan ingat i tak takut. Bila kita dah fighting mengenai berat badan. Saya dah try semua. Dia turun sikit kemudian naik balik. Pernah dalam tempoh sebulan berat saya tak turun pun walaupun 1 kilogram.

“Rasa dah putus asa. Lutut saya sakit. Saya jalan dekat Eropah pun sakit. Sakit tu minta ampun tak boleh bawa bincang. Gula semua dah tak betul dan kolestrol tinggi tu dah berapa kali kena remove,”jelasnya.

Tegas Aishah, dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya sekiranya jatuh sakit kelak dan disebabkan itulah dia membuat keputusan menjalani pembedahan bariatrik.

Sumber : ohmy media

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*