Perdana Menteri Failkan Saman Ke Atas MB Kedah Muhammad Sanusi, Ini Puncanya!

Perdana Menteri Failkan Saman Ke Atas MB Kedah Muhammad Sanusi, Ini Puncanya!

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor nampaknya tidak terlepas dari disaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini selepas Anwar dikatakan telah memfailkan saman ke atas Sanusi selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dalam ucapannya ketika kempen pilihan raya pada 13 November lalu.

Saman itu dilakuka Anwar di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah hari ini (Selasa) melalui firma guamannya, SN Nair & Partners di mana nama MB Kedah sebagai defendan tunggal.

Kenyataan Sanusi ini dikongsi melalui siaran langsung Facebook Faizal Azumu dan kenyataannya dipetik sebuah portal berita.

Keesokan hari, kenyataan lisan memfitnah itu dipetik oleh sebuah portal berita bertajuk “Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang Pas kata kena pikiaq” bertarikh 14.11.2022 dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Defendan juga merujuk kepada tiada mesyuarat Lembaga Pengampunan dan pengampunan saya adalah tidak teratur kerana ia tidak mematuhi prosedur, formaliti dan boleh dicabar selain menyindir bahawa secara efektifnya saya tidak diampunkan. – Kata Anwar.

Anwar melihat kenyataan ini secara jelas mengandungi perkataan-perkataan fitnah, palsu dan memperlekehkannya.

Kredit: Sinar Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*