Anak-anak Shuib hairan kenapa orang tak suka Watie – “Apa salah dia?”

Anak-anak Shuib hairan kenapa orang tak suka Watie – “Apa salah dia?”

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Sepahtu memaklumkan hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah disedari oleh anak-anaknya.

Menurut laporan BH Online, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, malah anak-anaknya juga hairan mengapa kehadiran Watie tidak disenangi segelintir peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Anak kata ‘kenapa orang tak suka Auntie (Watie)? Apa salah dia?’…
“Anak-anak sudah lama tahu hubungan kami tapi mereka hanya diam. Apabila perkara itu diketahui umum, anak-anak mula mengusik saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia berharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi mengenai hubungannya dengan wanita tersebut kerana seolah-olah membelakangkan keluarga sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Selebihnya kita kena berserah termasuk soal jodoh di mana saya serahkan kepada Allah. Cuma kadang-kadang apabila perkara itu tidak betul, saya kena cakap (perkara sebenar).
“Kalau ada perkara baik untuk masa akan datang, saya mesti kongsi. Saya tak suka apabila orang cakap hendak sorokkan perkara sebenar. Saya nak sorokkan apa?
“Bagaimanapun, sudah tentu saya hendak yang terbaik dalam hidup. Saya sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan hadirkan orang yang baik dalam hidup saya,” ujarnya. 

Dalam pada itu, pelawak berusia 38 tahun itu menafikan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat tetapi mengakui anak-anaknya selesa dengan Watie.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 1.

SumberBH Online (Affan Rostam) , Instagram Shuib Sepahtu

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*