“Ada Cabarannya, Tapi..”- Bawa Ank Kerjakan Umrah, Ini Luahan Irma Hasmie Yang Ramai Kagum

“Ada Cabarannya, Tapi..”- Bawa Ank Kerjakan Umrah, Ini Luahan Irma Hasmie Yang Ramai Kagum

Pelakon Irma Hasmie berkongsi rasa syukur apabila berpeluang mengerjakan ibadah Umrah bersama dua orang cahaya matanya iaita Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie baru-baru.

Kata Irma, 40, meskipun mempunyai sedikit cabaran, namun dia berasa puas apabila dapat membimbimg anaknya untuk mendekati Tuhan.

“Umrah dengan anak-anak ni memanglah berbeza banding pergi bersendirian.

“Betul, ada cabarannya, tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan dan Naylie.

“Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan dia orang untuk lebih dekat pada Allah S.W.T dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil. Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan bahagia,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IRMA HASMIE IBRAHIM (@irmahasmie)

rma berkongsi perkara itu menerusi muat naik terbaharu di Instagram miliknya.

Dalam masa, Irma turut memberi pesanan kepada ibu bapa di luar sana untuk tidak berasa khuatir sekiranya berhasrat membawa anak anak ke tanah suci Makkah.

Sebaliknya, dia meminta para ibu bapa sentiasa bersikap positif dan bersangka baik pada Tuhan.

“Jadi siapa-siapa yang bercadang nak menunaikan ibadah Umrah dengan anak-anak, tak perlu risau berlebih-lebih, jangan takut, jangan pikir negatif tapi sentiasa sangka baik pada Allah, Bismillhi tawakkaltu ‘ala Allah.

“Percaya lah anak-anak belajar banyak perkara daripada trip Umrah, sama macam bila dia orang dapat pengalaman bercuti ke mana-mana kan, cuma ini pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci,” tambahnya.

Untuk info, Irfhan dan Nyalie merupakan anak daripada hasil perkahwinan Irma bersama pasangan pilihan hatinya iaitu Redza Syah Azmeer pada Jun 2012.

Sumber: Gempak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*