Skejap DahBsar. Plakon M0naAllen Tnjuk Wajah Trkini AnakLlaki BuatRmai Pminat Truja

Skejap DahBsar. Plakon M0naAllen Tnjuk Wajah Trkini AnakLlaki BuatRmai Pminat Truja

Kuala Lumpur – Cahaya mata mungil ini diberi nama Petra Pekin kini sudah memasuki usia hampir tiga bulan. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, Mona Allen dan suaminya turut mengab.adikan momen indah si kecil untuk sesi fotografi khas buat Petra.

Mona Allen berkongsi beberapa keping foto istimewa keluarga kecilnya di laman Instagram miliknya khusus untuk tatapan para peminatnya.

“You c.omplete me. Photosh.oot bersama anakanda tercinta dengan team yang hebat,” tulis Mona.

Rata-rata warganet memuji kecomelan zuriat Mona Allen dan Pekin yang disifatkan banyak mewarisi raut wajah Mona yang berdarah campuran Melayu Scotland.

Tak Sanggup Tengok Anak Kehausan

Dalam perkembangan terkini, bagi memastikan bayinya mendapat nu.trisi secukupnya, pelakon Mona Allen memberitahu dia sangat menitikberatkan soal penyusuan untuk Petra Pekin.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata dia mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu b.adannya sentiasa mencukupi kerana tidak sanggup melihat Petra menangis kela.paran.

Selagi ada susu dib.adan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang o.ptimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa. Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.

“Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak p.utus susu dgn mummy,” katanya.

Mona berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Sekejap Dah Besar

Bukan itu sahaja, Mona juga mengaku bukan mudah menyusukan anak lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan m.asalah kekurangan susu b.adan.

“Ya. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu dr.op. Mummylah orang yang paling sedih dan s.usah hati,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Mona bersyukur apabila suaminya iaitu Pekin Ibrahim, 41, sentiasa menghulurkan bantuan dan sentiasa berada di sisi.

Mujur Daddy banyak membantu. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.

“Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy. Daddy sentiasa support mummy. Terima kasih Daddy,” kongsinya.

Dalam kesempatan itu juga, Mona turut berharap agar terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat anaknya selain memberi semangat kepada ibu-ibu di luar sana.

Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan k.udratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan m.alas dalam diriku dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.

“Anda ibu menyusukan anak? Jangan p.utus asa ya, sebab kita ibu yang hebat,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin pada 7 Disember 2018 dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Ogos lalu.

Kredit : Mstar/IG

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*