Ramai dkwa suka ambil Kesempatan Desak Beli Barang, Akhirnya Syahmi Sazli b0ngkar kegiatan Samer

Ramai dkwa suka ambil Kesempatan Desak Beli Barang, Akhirnya Syahmi Sazli b0ngkar kegiatan Samer

Sejak 2 bulan lalu, YouTubers terkenal Malaysia, Syahmi Sazli membuat ramai terhibur dek gelagatnya bersama seorang lelaki bernama Samer. Daripada penampilannya saja, pasti kita dapat mengagak Samer bukanlah datang daripada keluarga senang. Setiap kali muncul, lucunya dia akan membawa pelbagai barang untuk dijual kepada Syahmi.

Lepas cuba jual banyak benda pada Syahmi, ada netizen anggap Samer ambil kesempatan.

Antara yang pernah dibawa oleh lelaki ini adalah seperti ikan, pokok bunga plastik, air badak, ketam nipah dan banyak lagi. Sangat pandai bercakap untuk meyakinkan Syahmi membeli barangnya, ia juga menjadi sebab kuat mengapa ramai suka melihat interaksi mereka berdua.

Pun begitu, ada pula segelintir orang yang bersangka buruk menganggap Samer sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan Syahmi.

Dia pergi beli pakaian dia…Bukannya dia mencuri…Jangan cepat menghukum. Tidak pernah merasa terpaksa atau dipaksa membeli barang yang dibawa Samer, Syahmi Syazli sempat membuat klarifikasi.

Jelasnya, hasil jualan diperolehi lelaki itu bukanlah mewah mana pun dan ia sekadar cukup makan untuk membeli keperluan makan pakai harian Samer serta keluarga. Bagi content creator ini, dia sendiri tidak kisah membelinya apalagi Samer pun membuat kerja yang baik.

Hok mano yang hino Samer, baik pergi minta maaf…Dia tu bukan serupa kita, dia tu orang istimewa.

Melalui ruangan komen, ramai turut bersetuju agar pihak-pihak lain tidak dengki kepada rezeki yang sedang dikongsikan Syahmi bersama Samer. Bahkan, kerajinan Samer yang keras mencari kerja amat dikagumi netizen.

Sumber : Pnews

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*