Dikritik caj penghantaran mahal & tak jaga kualiti air balang, Syahmi Sazli perjelas hal sebenar

Dikritik caj penghantaran mahal & tak jaga kualiti air balang, Syahmi Sazli perjelas hal sebenar

Nama Youtuber terkenal, Syahmi Sazli rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana setiap konten video yang dimuat naik olehnya sentiasa mendapat perhatian ramai.

Ini termasuklah perniagaan minuman ‘air balang’ yang diusahakan olehnya pada bulan Ramadan lalu yang dikatakan sangat ‘laku keras’ di kalangan penduduk setempat, termasuklah pengunjung luar .

Walaupun pernah memaklumkan perniagaan air balangnya terpaksa dihentikan atas beberapa sebab, kini Youtuber berusia 27 tahun itu dilihat masih menjual air balang dalam kuantiti tertentu.

Rasa biasa2 saja dan caj penghantaran mahal?
Terbaharu, tular di platform TikTok mengenai seorang pengguna membuat dilihat membuat review terhadap beberapa jenis air balang Syahmi Sazli sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh yanalee270, dilihat wanita itu mencuba semua air balang viral Youtuber itu dan meninggalkan pendapat peribadinya mengenai rasa setiap perisa minuman tersebut.

“Rasa susu lebih kuat dari rasa Milo sama seperti air Milo di kantin sekolah.
“Rasa biasa saja dengan air jagung yang kita buat. Boleh dapat di mana-mana kedai air balang.
“Strawberi rasa masam manis tapi tak ada pun cebisan buah strawberi dalam air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Dalam pada itu, yana memberitahu dia terpaksa membayar caj penghantaran sebanyak RM15 kepada runner dan harga untuk satu botol air tersebut adalah RM5. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif dan negatif di kalangan warganet.

Pertama kali nak jelaskan Mi tak ada buka runner atau reseller
Sedar air balangnya menjadi bualan, Syahmi Sazli tampil memperjelas hal sebenar terutama caj penghantaran yang dikenakan ke atas pelanggan tersebut.

Syahmi berkata, dia tidak pernah membuka sebarang penerimaan runner atau reseller untuk perniagaan air balangnya itu. Oleh itu, dia tidak bertanggungjawab dari segi harga dan rasa sekiranya pengguna tersebut membeli dari runner seperti yang diperkatakan.

“Pertama kali, Mi nak ucapkan terima kasih kepada kakak yang beli air balang Mi. Jadi, sebelum nak jelaskan lebih panjang, Mi nak beritahu buat masa sekarang ni, Mi tak ada buka sebarang runner atau reseller. Tak ada pun dibawah Mi.
“Kalau ada pun yang mengaku dia di bawah Mi dan suruh letak harga tertentu, tak ada. Maknanya runner tu tipu.”jelas Syahmi.

Syahmi utamakan untuk pelanggan walk in ke kedai dengan harga RM5 sebotol
Jelas Syahmi lagi, buat masa sekarang dia lebih mengutamakan pelanggan yang datang sendiri ke kedai dengan harga RM5 sebotol dan air tersebut perlu diminum sekurang-kurangnya tiga jam dari masa yang dibeli.

Syahmi berkata, air balang yang dibeli dengan menggunakan orang tengah iaitu reseller atau runner berkemungkinan sudah lama di mana mereka terpaksa mengumpul pesanan sebelum diagihkan kepada pelanggan.

“Air ni kena minum fresh. Kalau nak simpan, kena dalam freezer, tak boleh simpan dalam peti. Jadi, ada kemungkinan reseller tidak jual dengan segera, mereka akan kumpul pesanan dulu dan boleh jadi memakan masa 2 atau 3 hari kemudiannya baru jual.
“Bila dah lama tidak disimpan dalam freezer, ia dah tidak sama dengan rasa asal.”jelasnya lagi.

Setiap kali nak jual, pekerja mesti cuba dulu sama ada rasa masih sama atau tidak
Mengulas lanjut, Syahmi memberitahu dia sangat menitikberatkan kualiti air balang keluarannya di mana Youtuber ini akan meminta pekerja untuk mencuba terlebih dahulu sama ada rasa air tersebut masih sama ataupun tidak.

“Yang mana cakap kami dah tak jaga kualiti apabila dah viral, itu salah. Setiap kali sebelum nak mula berniaga, Mi suruh pekerja cuba dulu rasa adakah masih sama.”jelasnya lagi.

Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production, TikTok @syahmi_sazli@yanalee270

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*