“Amyra Rosli elak sentuh, kenapa Amar Baharin tak buat perkara sama?” – Penonton Minta amar Jaga hati isteri..

“Amyra Rosli elak sentuh, kenapa Amar Baharin tak buat perkara sama?” – Penonton Minta amar Jaga hati isteri..

Babak mesra dijayakan pelakon Amar Baharin bersama Anna Jobling menerusi drama Terima Kasih Cinta yang disiarkan di TV3 mendapat kecaman orang ramai.

Ini kerana babak bersentuhan dalam lakonan terutama bagi golongan artis yang realitinya sudah mendirikan rumah tangga sering menimbulkan pelbagai tanggapan dalam kalangan penonton.

Menerusi drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu, Amar memegang watak sebagai Dr Harris iaitu suami kepada Wan Raihana lakonan Anna.

Berdasarkan babak mesra yang dimuat naik di laman Instagram Drama Sangat, Dr Harris sedang mengusik isterinya untuk ‘bersama’ sebelum Wan Raihana melarikan diri masuk ke dalam tandas.

Tapi sebelum itu, Wan Raihana dilihat sempat menggigit lengan suaminya sekali gus mengundang rasa kurang senang segelintir penonton sehingga memetik nama aktres Amyra Rosli.

Dakwa netizen, Amyra yang popular dengan watak sebagai isteri dikatakan mampu menjaga batas dan mengelakkan sentuhan dalam lakonan. Jadi mengapa suaminya Amar tidak melakukan perkara sama?

Isteri elak sentuh.. suami tak buat benda sama?

Amyra tak rasa cemburu ke apa ke?

Cari pelakon bujang, suami orang macam tak sesuai

Drama 20 episod arahan Azri Izhar itu mula ditayangkan sejak 30 November lalu pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di slot Akasia TV3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Sumber: Instagram Drama Sangat & Amyra Rosli

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*