Belum rezeki timang zuriat, Achey pujuk isteri selepas keputusan IVF ‘negatif’

Belum rezeki timang zuriat, Achey pujuk isteri selepas keputusan IVF ‘negatif’

Umum sedia maklum bahawa pelawak, Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.

Terbaru, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memaklumkan rawatan tersebut belum berjaya selepas melakukan proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan isterinya.

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.

Keputusan negatif

“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya sebenar tadi.
Video berdurasi saat itu memaparkan Achey cuba menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.

Insya-Allah ada rezeki lain

Allah dah aturkan yang terbaik

Jangan putus doa dan usaha!

Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Achey

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*