Bonda Rozita beri ‘team rescue’ tumpang resort, staf bantu sediakan makanan

Bonda Rozita beri ‘team rescue’ tumpang resort, staf bantu sediakan makanan

Kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm di Batang Kali pada Jumaat lalu sememangnya mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi telah mengorbankan puluhan nyawa.

Operasi mencari dan menyelamat juga masih giat dijalankan kerana ada beberapa mangsa yang belum dijumpai sehingga ke hari ini.

Bantu mudahkan urusan petugas
Disebabkan itu, pengasas kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita telah membantu memudahkan urusan team rescue terdiri daripada anggota polis dan bomba dengan memberi kebenaran untuk resortnya dijadikan tempat mereka istirehat.

Beri makan dan tempat rehat
Staf di Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak berhampiran lokasi kejadian turut menyediakan makanan buat para petugas yang berehat dan menyediakan kelengkapan untuk memulakan operasi mencari di lokasi tanah runtuh.

Hal tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok yang menggunakan nama @joker8scarface apabila berkongsi video anggota-anggota SAR sedang berehat setelah bertungkus-lumus menjalankan operasi.

LIHAT VIDEO DISINI

Dalam video terbabit, dia mengucapkan terima kasih kepada Bonda Rozita dan staf Rumah Hutan kerana memberikan mereka makanan dan tempat untuk berehat.

Dapat dilihat deretan trak bomba diparkir di kawasan tersebut menandakan operasi mencari dan menyelamat masih lagi berjalan.

Zahirkan salam takziah kepada keluarga mangsa
Dalam perkongsian di Instagram ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri itu, dia dengan rendah hati menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang telah berlaku.

Dia turut mengatakan yang selepas ini tidak akan membenarkan pengunjung membuat sebarang perkhemahan di resortnya kerana bimbang kejadian sama berulang lagi.

Semoga murah rezeki Bonda Rozita
Muat naik yang dibuat pengguna TikTok itu telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet telah mengucapkan terima kasih kepada Bonda Rozita kerana memberi kemudahan kepada team rescue untuk melepaskan lelah selepas seharian bergelumang dengan lumpur.

Mereka juga mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudah dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.

Doa buat semua petugas

Hebat jiwa bonda

Terima kasih juga kepada pasukan penyelamat

Semoga segala urusan berjalan dengan lancar

Bonda bagi guna tanpa sebarang caj

Sumber: TikTok joker8scarface, Instagram bondarozitaibrahim

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*