“Maafkan saya..belum beri zuriat buat awak..” Luahan isteri Achey, Reaksi Anak turut buat ramai trsentuh

“Maafkan saya..belum beri zuriat buat awak..” Luahan isteri Achey, Reaksi Anak turut buat ramai trsentuh

Perkongsian pelawak terkenal, Achey Bocey berkenaan keputusan rawatan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) yang dijalankan oleh isterinya telah menyentuh hati ramai pihak termasuklah rakan artis.

IVF isteri negatif. Difahamkan, rawatan terbabit masih belum berjaya dan Achey sempat berkongsi momen menenangkan keadaan isterinya yang menangis kerana masih sedih dengan keputusan tersebut.

Maaf belum bagi rezeki zuriat. Selepas perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya agar bangkit dan terus berusaha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Disebabkan ramai yang prihatin dengan keadaannya, Anne sempat memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada semuanya dan semua yang terus mendoakan agar dia dan Achey menimang cahaya mata sendiri.

Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak….bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak2…Jaga saya time sakit…Saya hargai sangat2…..Maaf kan saya belum ada rezeki utk saya bagi awak zuriat….InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya sebak.

Belum boleh jadikan Tiara kakak. Dalam pada itu, Anne turut berkongsi momen dia dipeluk anak tersayang, Tiara Zinnirah yang turut menangis melihat ibunya dalam keadaan sedih kerana rawatan IVF yang dijalankan belum berhasil.

Isteri kepada pelawak itu juga meminta anaknya, Tiara untuk bersabar kerana belum boleh menjadikannya kakak kerana tidak berjaya untuk hamil lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Terus kuat, teruskan berdoa. Perkongsian tersebut nyata membuatkan banyak pihak sebak kerana sedar perjuangan seorang wanita yang sudah berkahwin ingin merasai pengalaman hamil.

Mereka juga terus-terusan mendoakan agar Anne dan Achey diberi zuriat sendiri dan kekal kuat berjuang supaya tidak patah semangat.

“semoga awak dikurnia kan zuriat suatu hari nanti… jangan berhenti berdoa”

Untuk rekod, Achey dan isteri telah berkahwin sebelum pelawak itu terjun ke dunia hiburan lagi. Selepas lama berumah tangga dan belum memperolehi zuriat sendiri, mereka telah diberi rezeki oleh Allah S.W.T dengan mengambil seorang anak angkat perempuan yang kini berusia empat tahun.

Sumber : ohmymedia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*