Ini Perkembangan Terkini Perbicaraan Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Ini Perkembangan Terkini Perbicaraan Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew sebelum ini telah ditangguhkan selepas berlangsung selama 4 hari pada 27 hingga 30 September di Mahkamah Majistret Tenom.

Bagi sambungan semula perbicaraan kes, ia dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Disember 2022 nanti.

Sebelum ini, tiga orang saksi telah dipanggil di pihak pendakwaan termasuklah seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Perbicaraan pada hujung Disember ini adalah untuk pendakwaan 11 pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun di daerah Tenom yang juga merupakan seorang isteri dengan menghantar perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

Ebit Lew kemudian dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 oleh Majistret Nur Asyraf Zolhani dengan dua penjamin tempatan selepas mengaku tidak bersalah.

Kredit: Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*