“Tak nampak pun keyboard warrior?” Fezrul Khan sindir netizen isu bela anjing, kongsi video unit K9 bantu kesan mangsa tanah runtuh

“Tak nampak pun keyboard warrior?” Fezrul Khan sindir netizen isu bela anjing, kongsi video unit K9 bantu kesan mangsa tanah runtuh

NAMA pelakon Fezrul Khan pernah menjadi bualan hangat netizen yang mengkritik tindakannya memelihara beberapa ekor anjing sebagai haiwan peliharaan.

Isu itu menjadi perdebatan netizen selepas Fezrul memuat naik beberapa video di Instastory yang memaparkan beberapa ekor anjing peliharannya menjaga kebun miliknya.

Terbaharu, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidui, 40, seolah-olah menyindir netizen yang pernah ‘menyekolahkan’ dirinya tentang hukum memelihara anjing sebelum ini.

Fezrul Khan sindir netizen tentang kegunaan anjing.

“Kerja dia juga yang mencari mangsa. Mana acah-acah ustaz tak ada nampak pun keyboard warrior?,” katanya.

Kenyataan bersahaja Fezrul itu dimuat naik bersama video unit anjing pengesan K9 yang menjalankan tugas misi menyelamat ketika kejadian tanah runtuh di Batang Kali, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fezrul juga berharap agar semua pihak menyedari akan kegunaan anjing tersebut dan bukannya terus menjatuhkan hukum.

“Nampak tak function K9 jangan sombong sangat. Siapa yang selamatkan?” katanya lagi.

Sebelum ini, Fezrul memberitahu dia menjadikan al-Quran sebagai rujukan memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun.

Malah dia juga meminta netizen yang mengkritiknya menyelidik terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukum terhadap seseorang.

“Apa pun yang saya buat kenalah rujuk al-Quran dahulu sebab Allah turunkan kitab suci ini sebagai panduan,” ujarnya menerusi satu temubual bersama mStar.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*