Wajah ‘sipi2’ Ameera Khan ketika umrah dipuji cantik, ada iras wanita Turkiye!

Wajah ‘sipi2’ Ameera Khan ketika umrah dipuji cantik, ada iras wanita Turkiye!

Lama tidak mendengar khabar adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan atau dikenali sebagai Little Miss Khan di Instagram.

Dia yang sudah lama tidak menggunakan media sosial seperti sebelum ini semakin jarang terlihat apabila tidak memuat naik apa-apa berkaitan kehidupannya.

Ameera Khan umrah bersama ibu
Namun, menerusi perkongsian terbaru ibunya, Noor Kartini, ramai yang dapat melepaskan rindu melihat penampilan influencer cantik itu yang menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.

Ada disamping ibu
Dalam perkongsian tersebut, Ameera dilihat sentiasa berada di samping Noor Kartini ketika beribadah di Kota Suci.

Walaupun kebanyakkan gambar yang dikongsikan hanya memperlihatkan wajahnya dari sisi tepi sahaja, namun ramai yang tetap memuji penampilan cantik influencer berkenaan.

Ingatkan orang Turkiye
Menjengah ke ruangan komen Instagram Noor Kartini, ada sebilangan warganet menyamakan wajah gadis terbabit persis wanita Turkiye dan kebanyakan mereka mengakui tak jemu menatap Ameera Khan yang sudah lama ‘hilang’ dari media sosial.

KOMEN NETIZEN

Untuk rekod, Instagram Ameera Khan yang mempunyai 1.4 juta pengikut hanya dibiarkan tanpa sebarang update oleh influencer itu. Dia juga tidak berkongsi sebarang gambar profil dan juga mengemaskini feed Instagram seperti yang dilakukan sebelum ini.

Terdahulu, Neelofa ada mengatakan yang adiknya sedang berehat dari media sosial namun masih seperti biasa sahaja dan tetap terlibat dalam aktiviti keluarga.

Sumber: Instagram Noor Kartini

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*