Nak buat belanja keluarga, Calip Busker tagih bayaran persembahan. Tk sangka penganjur sanggup

Nak buat belanja keluarga, Calip Busker tagih bayaran persembahan. Tk sangka penganjur sanggup

Kumpulan Caliph Busker mendedahkan yang mereka masih lagi belum menerima bayaran menerusi persembahan yang dijayakan pada 9 dan 10 Disember lalu.

Menerusi kemas kini di Instagram, Calip Busker yang turut berkongsi surat perjanjian bayaran persembahan berkata, mereka bertindak mendedahkan hal tersebut kerana mereka benar-benar memerlukan wang.

“Kepada pihak penganjur yang berkenaan, tujuan kami membuat perkongsian ini ialah sebagai memberitahu kalian yang kami ahli kumpulan Caliph Buskers berserta crew sangat memerlukan wang yang telah dijanjikan kepada kami dari kerja yang sudah pun kami laksanakan.

“Setelah tolak ansur yang kami berikan termasuk tidak memaksakan deposit yang sepatutnya kami ambil sebelum persembahan, kami juga memohon sangat-sangat tolak ansur kalian untuk dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami.

“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun nnenolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian. Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami nnembuat persembahan,” kata mereka.

Dalam pada itu, mereka turut memberitahu yang wang bayaran persembahan itu akan digunakan sebagai duit belanja bagi anak dan isteri mereka.

“Kami telah mengeluarkan kos untuk membayar minyak, tol dan gaji krew kami. Kami juga telah meluangkan masa, tenaga dan meninggalkan ahli keluarga kerana tempat persembahan yang jauh dengan harapan dapat membawa duit belanja untuk anak dan isteri kami.

“Setelah itu semua kami lakukan, takkanlah satu sen pun kami tak dapat terinna dari kalian? Tolonglah kami. Kalau tak mampu bayar penuh, bayar sedikit-sedikit pun jadilah. Ini satu sen pun tak ada.

“Mohon kalian kasihankan kami sebelunn kasihan kami pada kalian hilang dan nnemaksa kami bertindak tidak seperti yang kalian inginkan.

Sumber : Gempak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*