Tk pernah ada kenangan bersama Ibu ‘Pergi’ semasa usia 3tahun, Pemintaan Lelaki ini buat ramai trsentuh

Tk pernah ada kenangan bersama Ibu ‘Pergi’ semasa usia 3tahun, Pemintaan Lelaki ini buat ramai trsentuh

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman bersama ahli keluarga terutama ibu bapa sewaktu kecil kan? Namun, tidak semua bernasib baik kerana sudah kehilangan insan tersayang baik sebelum dilahirkan mahupun dalam usia masih mentah.

Apabila tibanya sesuatu perayaan penting seperti sambutan ulang tahun kelahiran diri sendiri mahupun insan tersebut pastinya rasa hiba akan timbul lebih-lebih lagi mengenangkan kebahagiaan orang lain di luar sana.

Tiada memori bersama sejak usia 3 tahun, lelaki minta sunting gambar bersama ibu
Ini termasuklah seperti seorang lelaki ini apabila dia membuat permintaan menyunting gambarnya bersama si ibu yang sudah pergi meninggalkannya sejak berusia 3 tahun lagi.

Menerusi hantaran dibuat individu dikenali Muhammad Najmie di laman Facebook grup Edit Apa Hari Ni?, dia meminta warga grup berkenaan menggunakan kepakaran menyunting gambar dia dan ibunya. Katanya lagi, ia bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah ibunya.

“Korang tolong edit gambar aku duduk sebelah arwah ibu, sempena hari ini hari lahir dia,”tulisnya.

Dalam pada itu, Najmie memberitahu ibunya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya ke negeri abadi ketika dia berusia 3 tahun lagi.

“Aku nak simpan buat kenangan sebab aku tak ada gambar kenangan bersama dia. Dia (ibu) pergi sewaktu aku berusia 3 tahun,”jelasnya.

Oleh itu, dia berharap sangat warga grup berkenaan dapat ‘edit’ gambar dia bersama ibu sebagai tanda memori.

Cuba edit sebaik mungkin..Hantaran itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai menggunakan kepakaran menyunting sedia ada bagi memenuhi permintaaan lelaki berkenaan agar dia mempunyai gambar bersama ibu tercinta.

Al-Fatihah, moga arwah ibu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..Selain itu, ramai turut mendoakan agar arwah ibu kepada Muhammad Najmie ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah diucapkan kepada ibu Muhammad Najmie. Kepada mereka yang mempunyai ibu bapa, hargailah mereka dan sentiasa bertanya khabar selain rajinkan diri pulang ke kampung halaman sekiranya berada di perantauan.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*