[V] Orang Terengganu memang tiptop! Warga emas senyum rumah kelong selamat banjir… Paling penting Honda EX-5 ada depan mata

[V] Orang Terengganu memang tiptop! Warga emas senyum rumah kelong selamat banjir… Paling penting Honda EX-5 ada depan mata

HUJAN berterusan di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Terengganu menyebabkan mangsa banjir terpaksa meninggalkan kediaman mereka ke tempat lebih selamat.

Namun bagi bekas pemandu lori, A. Bakar Che Ahmad, 67, dia mampu tersenyum lebar apabila idea kreatifnya membina sebuah rumah terapung di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu membuahkan hasil.

Video menunjukkan kediaman mereka terselamat walaupun dilanda banjir tular selepas dikongsingkan anaknya di TikTok.

Sebelum ini, warga emas itu menerima kritikan segelintir warganet yang tidak percaya dan memandang enteng dengan keupayaannya membina rumah terapung sebagai persediaan musim tengkujuh.

“Rumah ni pernah viral di ejek sesetengah orang. Tapi tengoklah hasilnya sekarang.

“Masa pakcik ni buat rumah dulu. Ramai yang ejek kononnya hanyut sampai ke Thailand dan tempat-tempat lain. Akhirnya pakcik berjaya buktikan yang pakcik bijak,” komen netizen.

Namun kini rumah berkonsepkan kelong atau rumah rakit di kawasan darat itu berjaya menyelamatkan kediamannya itu daripada tenggelam.

Jika diteliti pada video, rumah tersebut diperbuat daripada kayu dan disokong dengan 69 buah tong plastik yang berfungsi sebagai pelampung untuk terapung di dalam banjir.

Inovasi yang dilakukan bagi membina kediaman itu menelan belanja sekitar RM47,000 dengan bantuan daripada tujuh orang anaknya.

Menerusi perkongsian di TikTok sehingga meraih lebih 3.2 juta tontonan, anaknya Zalie, yang merupakan seorang pemandu lori dengan bangganya berkongsi keadaan terkini kawasan kediaman mereka.

“Rumah kelong berjaya terapung. Semoga menjadi inspirasi pada orang ramai,” katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, Zalie menjelaskan bahawa rumah itu diikat pada dua tiang besi setinggi enam meter yang dipacak pada sisi kiri dan kanan.

Keadaan rumah jirannya yang ditenggelami air ketika banjir.

Tujuannya adalah bagi mengelakkan rumah tersebut hanyut dibawa arus deras selain mengambil cakna tentang kebarangkalian masalah lain berlaku setelah dibina.

Turut kelihatan pada video itu ialah kediaman jiran mereka yang sudah ditenggelami air banjir di tingkat bawah.

Malah, bapanya dilihat tenang sedang bersantai sambil menyilangkan kaki membelek sebuah bekas kosong.

Lebih menyenangkan hati apabila sebuah motosikal Honda EX-5 turut kelihatan selamat daripada banjir.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warga maya di mana masing-masing teruja dan kagum dengan hasil yang diusahakan oleh warga emas itu bersama anak-anaknya.

Persediaan yang dibuat adalah dengan memasang 69 buah tong plastik.

Rata-ratanya memuji tindakan pakcik ini yang bertanggungjawab memikirkan cara untuk menyelamatkan harta benda serta keselamatan keluarganya.

“Rumah ni dah boleh jadi modal contoh kepada mereka sering mengalami banjir.

“Orang-orang kerajaan dah kena berfikir macam mana nak atasi masalah banjir ni. Idea pakcik ni salah satu jalan penyelesaian. Jangan pandang remeh.

“Bukan biasa-biasa pakcik ni. Inovasi tiptop. Boleh bagi anugerah khas ni. Please warga TikTok semua,” komen netizen pada video tular.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*