Langsung tak kekok! Zahid Hamidi tunggang motosikal lawat kawasan banjir

Langsung tak kekok! Zahid Hamidi tunggang motosikal lawat kawasan banjir

Sebelum ini, kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Hulu Selangor berhubung tragedi tanah runtuh telah berjaya meraih perhatian ramai.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin telah menjadi bualan di bibir ramai yang memuji beliau cakna dengan kejadian serba musibah yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Pun begitu, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anak perempuannya, Nurul Hidayah di laman Instagram, dia berkongsi bapanya itu melawat kawasan banjir tanpa memaklumkan lokasi tersebut.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan Zahid Hamidi sedang menunggang sebuah motosikal tanpa menghiraukan air banjir yang membasahi pakaiannya demi melawat mangsa yang terjejas.

Bukan itu sahaja, Hidayah menegaskan bapanya tidak kekok sama sekali dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin dengan penuh rasa kebahagiaan.

“Bila ‘budak kampung’ diberi tugasan dia akan menggalas tanggungjawab itu dengan penuh kebahagiaan. Katanya.
Dalam pada itu, Hidayah mendoakan agar bapanya yang berusia 69 tahun itu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah selalu sepanjang menguruskan negara buat rakyat.

Semoga sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah yang Maha Baik. Aamin, ” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Sumber: Instagram @nurul.zahid

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*