Tampil moh0n maaf, Akhirnya Fiega dedah Situasi Sebenar semasa Rakaman program berlangsung

Tampil moh0n maaf, Akhirnya Fiega dedah Situasi Sebenar semasa Rakaman program berlangsung

Susulan dianggap bersikap biadab, peserta All Together Now Malaysia Malaysia 2 (ATNM2) Fieqa akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika program tersebut.

Mohon maaf atas tindakannya, Fieqa atau nama sebenarnya Nur Afiqah, 16, berkata dia tiada niat untuk member’ jawapan begitu namun reaksi spontan yang diberikan itu disebabkan terlalu gemuruh.

“Sebenarnya saya tak ada niat pun nak jawab begitu. Apa yang saya cakap itu keluar secara spontan.

“Bahasa tubuh saya itu bukan sebab tak hormat tapi sebab terlalu panik. Mungkin juri-juri nampak saya seperti biadab tapi jauh di sudut hati saya tak macam tu pun.

“Saya gementar dan terkejut bila ditanya oleh juri,” katanya kepada Gempak.

“Ini kali pertama saya masuk pertandingan yang besar dan berdepan dengan 50 juri membuatkan saya bertambah gementar dan panik.

“Sebelum ini saya pernah masuk pertandingan kecil dan biasa saja. Lagu Ku Milikmu itu pun kali pertama saya menyanyikan,” ujarnya.

Tindakan Fieqa menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada yang dianggap biadab serta bahasa tubuh seperti tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.

Sementara itu, Fieqa turut mengakui dia berasa gementar kerana pertama kali menyertai pertandingan seperti itu dan tidak pernah menyanyikan lagu Ku Milikmu (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Sungguhpun ketegangan berlaku antara Fieqa dan Catriona, namun, kedua-duanya dilihat telah bertemu secara empat mata bagi memperbetulkan keadaan yang panas.

Sumber : Gempak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*