‘Ma Sakit Ma..’ – Anak Mengadu Sakit Kemaluan & Dubur, Ibu Tergamam Rupanya Angkara Cikgu Di Pusat Asuhan

‘Ma Sakit Ma..’ – Anak Mengadu Sakit Kemaluan & Dubur, Ibu Tergamam Rupanya Angkara Cikgu Di Pusat Asuhan

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang masih kecil telah menjadi mangsa penderaan seksual oleh guru di pusat asuhannya.

Anak mengadu sakit kemaluan, dubur

Kisah tersebut dikongsikan menerusi satu video oleh usahawan terkenal iaitu Hafiz Mahamad. Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja dan disebabkan itu, dia telah menghantar anak perempuannya ke pusat asuhan. Namun siapa sangka, lain pula yang jadinya apabila anaknya mula mengadu sakit di bahagian duburnya. Apabila ditanya mengapa terjadi begitu, si kecil menjawab ia dilakukan oleh gurunya.

Yang baru-baru ni, dia cakap buntut dia sakit, macam saya pegang pun dia tak bagi. Dia cakap tu ma sakit ma sakit ma. Saya dah macam teringat baliklah kan pasal yang tu, tiga hari ni perasan rasa macam dia banyak termenung.

Sebelum ini, anaknya itu ada mengadu sakit di bahagian kemaluan tapi dia langsung tidak mengesyaki apa-apa dan berpendapat kemungkinan sakit disebabkan lampin pakai buang. Ternyata, tanggapannya itu salah rupa-rupanya si kecil menjadi mangsa penderaan seksual oleh guru sekolahnya sendiri.

Saya train dia, siapa-siapa lelaki yang pegang memang tak boleh saya cakap macam tu. Lepas tu saya tanya dia, ada sesiapa pegang ke? Tiba-tiba dia terus cakap macam teacher pegang. Macam tak terfikirlah, mungkin macam cikgu, pengasuh perempuan dia kan. Tak terfikir masa tu.

Start tu baru saya perasan bila hantar dia pergi sekolah, kalau yang teacher yang lelaki tu yang sambut dia tak nak pergi sekolah, dia tak nak masuk pun.

Difahamkan, kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan si pelaku. Mereka berharap agar si pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya.

LIHAT VIDEO DISINI

SumberHafiz Mahamad

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*