Julia Farhana tak malu nikahi duda -“Lagipun kita bukan rampas hak orang”

Julia Farhana tak malu nikahi duda -“Lagipun kita bukan rampas hak orang”

Beberapa hari lalu, pelakon kacukan Melayu-Itali, Julia Farhana Marin, 28, mengumumkan dirinya sudahpun bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, menerusi hantaran di laman Instagram.

Pengumumkan berita perkahwinan mereka itu dibuat sebaik sahaja pulang dari berbulan madu.

Terbaharu, aktres berusia 28 tahun itu mengaku tidak malu apabila mengambil keputusan berkahwin dengan bekas suami orang di mana Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Lufya Omar.

Katanya, urusan jodoh adalah perancangan Tuhan dan dia tidak mengambil hak sesiapa.

“Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya.

Terdahulu, Julia memaklumkan yang dirinya sudah sah bernikah pada 14 Disember 2022 yang lalu dan ia diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri keluarga dan rakan baik. Dalam pada itu, dia juga memohon maaf terutama kepada rakan media kerana lewat memaklumkan hal berkenaan.

Untuk rekod, Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti, Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Walau bagaimanapun, mereka telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun 2020.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*