‘Fitnah? Kebenaran Akan Menang’ – Puteri Sarah Liyana

‘Fitnah? Kebenaran Akan Menang’ – Puteri Sarah Liyana

Kontroversi rumah tangga melibatkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana nampak gayanya makin ‘panas’ diperkatakan.

Fitnah?

Susulan penafian dari Syamsul mengenai dakwaan sudah berkahwin dengan Ira Kazar, Puteri Sarah bersuara lagi menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Tegas aktres berumur 37 tahun ini, kebenaran pasti akan menang.

Dah lama reda

Ketika ditemui OhBulan! pada 20 Disember, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tetap kunci mulut mengenai status dengan Syamsul sebaliknya mengharapkan ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.

Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tetapi saya mengharapkan perkara positif berlaku. Semua pihak mendoakan perkara terbaik untuk saya dan anak-anak.

Orang boleh bercakap apa sahaja, suruh buat itu dan ini, tetapi akhirnya ia berbalik apa yang saya mahukan.

Anda akan tahu apa yang saya nak, insya-Allah.

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis pelancaran Flagship Store Shoppes Rizman Ruzaini di Four Seasons Place.

Ditanya sama ada mereka akan bercerai, pelakon drama Melastik Ke Hatimu menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Saya tak tahu, Allah Maha Kuasa. Saya sudah lama reda sebaik membuat pendedahan apa yang berlaku dalam rumah tangga.

Saya pun tiada rasa nak toleh ke belakang atau menyesal. Jadi, semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa juga keputusan dipilih sempena tahun baharu. Saya mengharapkan doa orang ramai.

Semalam, Syamsul mendedahkan bakal memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*