Baru Je Syamsul Nak S4man JAWI RM10 Juta, Sekali Peguam Tampil Cakap Benda Ni

Baru Je Syamsul Nak S4man JAWI RM10 Juta, Sekali Peguam Tampil Cakap Benda Ni

Kuala Lumpur: Peguam sivil daripada Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli berpendapat pengarah kontroversi, Syamsul Yusof tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hafez berkata, ia berikutan jumlah saman hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah.

“Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.

“Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Hafez berkata, pertama, Syamsul perlu membuktikan dirinya difitnah.

“Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.

“Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

“Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti,” katanya.

Kongsi lanjut, Hafez berkata, terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.

Hafez berpendapat, Syamsul perlu membuktikan ayat sebenar digunakan oleh JAWI.

“Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat,” katanya.

Terdahulu, Hafez mengulas tindakan Syamsul bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap JAWI yang didakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.

Ia dipercayai membabitkan dokumen berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.

sumber : BH Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*