“Saya pelik dengan tlndakan Syamsul..” Datuk Yusof Haslam Akhirnya buka mulut Status perkahwinan Anak beliau

“Saya pelik dengan tlndakan Syamsul..” Datuk Yusof Haslam Akhirnya buka mulut Status perkahwinan Anak beliau

Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya Syamsul Yusof memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bernilai RM10 juta tidak akan mengeruhkan lagi keadaan.

Yusof menerusi kiriman aplikasi WhatsApp bagaimanapun tetap dengan keputusan tidak mencampuri urusan anaknya. “Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya.

“Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. “Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dipercayai berang dan bakal mengenakan tindakan saman terhadap JAWI berikutan mendakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.

“Saya sudah berbincang dengan peguam mengenai satu perkara. Dipendekkan cerita, saya akan saman JAWI sebanyak RM10 juta kerana sudah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap saya.

“Ia tidak benar. Mereka memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya, sedangkan palsu dan fitnah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ia dipercayai dokumen berkenaan berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber : Berita harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*