Tanah runtuh: 4 sekeluarga ‘pergi’ bersama, rumah dipenuhi memori lukisan anak

Tanah runtuh: 4 sekeluarga ‘pergi’ bersama, rumah dipenuhi memori lukisan anak

Seperti semua sedia maklum, sudah masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tanah runtuh yang dipercayai merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas itu telah mengorbankan sebanyak 30 individu setakat ini manakala 61 lagi terselamat.

4 sekeluarga telah ‘kembali’ ke rumah semula
Namun begitu, empat sekeluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh iaitu Chee Sam dan isteri, Lai See Tin bersama dua orang lagi anaknya, Giselle Lai Yu Xi, 6 dan Jonas Lai Ze Kai , 2 yang dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa ketika dijumpai oleh pasukan penyelamat antara 18 hingga 20 Disember lalu telah ‘kembali’ pulang di Taman Machap Indah, Alor Gajah semalam.

Ruang keranda dipenuhi hiasan lukisan anak
Apa yang lebih menyayat hati, ruang keranda sekitar empat beranak itu dikelilingi dengan koleksi mainan dan lukisan dua beradik keluarga Lai itu bagi memperingati mereka.

Difahamkan juga, selain kehadiran Polis Daerah Alor Gajah, hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir ke acara pengebumian tersebut bagi memberi penghormatan yang terakhir.

Semoga waris keluarga terus diberi kekuatan
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan kejadian tragis yang menimpa keluarga tersebut dan turut berduka dengan pemergian mereka.

Malah, netizen turut menitipkan ucapan takziah buat waris keluarga atas kehilangan insan tersayang dan berharap terus diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

Sumber: Facebook @Bernama@China Press, TikTok @leeana_shop2

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*