Kongsi video TikTok, Ira Kazar diperli – “Nak jadi isteri ke-2 ayah awak, ok tak?”

Kongsi video TikTok, Ira Kazar diperli – “Nak jadi isteri ke-2 ayah awak, ok tak?”

Nama Ira Kazar sekali lagi menjadi bualan warganet susulan didakwa sudah bernikah dengan pengarah popuar, Syamsul Yusof yang juga suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana.

Tidak cukup di laman Instagram, orang ramai menerjah aplikasi TikTok milik wanita berusia 27 tahun itu semata-mata bagi meninggalkan pelbagai komen negatif.

Terbaru, memetik laporan Cari Forum, video TikTok dikongsi Ira pada September lalu kembali mendapat perhatian ramai yang memaparkan momen bersama bapanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

LIHAT VIDEO DISINI

Menerusi video pendek tersebut, dia merakam wajah bapanya yang popular sebagai watak Pak Samad dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu dengan menggunakan ‘filter’.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memberikan komen berbaur sindiran kononnya mahu menjadi isteri kedua bapanya dipercayai merujuk kepada kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.

Nak jadi isteri kedua ayah awak, okay tak?

Nak jadi ibu tiri Ira boleh?

Akaun baru ke ni? Tapi Ira memang cantik!

Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi mesej peribadi diterima daripada pengikut Instagram yang mendakwa suaminya sudah bernikah dengan Ira tetapi pelakon itu mengatakan dia tidak tahu dan tidak kisah mengenai perkara tersebut.

Sumber: Cari Forum

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*