Selepas Keluar ICU, tiba2 Nad upload status di IG yg jadi tanda tanya semua peminat

Selepas Keluar ICU, tiba2 Nad upload status di IG yg jadi tanda tanya semua peminat

Pelakon Nad Zainal, 32, yang sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 22 November lalu, kini sudah stabil dan mampu menjalani rutin harian seperti biasa.

Terdahulu, berita gembira mengenai keadaan pelakon drama Cina Buta itu dikongsikan pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohameddin dalam menerusi hantarannya di Instagram.

Menurut Shahrulezad, Nad sudah kembali stabil dan mampu menajalani rutin harian seperti biasa, dan tidak lagi ditahan di ICU walaupun tahap kesihatannya masih lagi dalam pemantauan.

“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) sekarang tersangatlah baiknya. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi di intubated (ditidurkan). Nanad dah sedar, dah boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Nanad juga boleh berjalan pergi ke toilet (tandas) sendiri walaupun kami berpesan jangan, sebab paru-parunya masih belum begitu kuat.

“Nanad juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka masa pendarahan tempoh hari. Alhamdullilah syukur sangat,” tulisnya dalam hantaran di media sosial itu.

Dalam perkembangan terbaru menerusi lG Nad zainal sendiri memuatnaik satu posting memaklumkan malam ini akan beliau membuat ‘live’ di tk tok.

Shahrulezad juga menjelaskan sebab mengapa dia sudah lama tidak memuatnaik perkhabaran mengenai Nad adalah disebabkan mahu menghormati keluarga pelakon itu. Katanya, tindakan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menyembunyikan sebarang perkembangan terbaharu Nad.

“Saya lama tak tak kongsi perkembangannya kepada umum kerana kesiankan keluarga Nanad. Selain dari mengutamakan kesihatannya, keadaan mental keluarga Nanad juga keutamaan kami.

‘Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad pasti akan wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.

“Nanad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana sini bayangkan macam manalah perasaan keluarga dia berdepan dengan fitnah itu seorang diri,” tulisnya.

Shahrulezad berkata, atas sebab itu, dia bersama rakan-rakan lain memutuskan untuk tapis atau kurangkan cerita mengenai Nad melainkan untuk kalangan mereka sesama penggiat seni saja. Katanya, apapun keadaan baik Nad sekarang disebabkan berkat doa daripada kita semua.

Sumber : Hmetro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*