Tahu Khabar Anak Sudah Bernikah Senyap-Senyap Dengan Ira Kazar, Ini Iuahan Ibu Syamsul Yusof

Tahu Khabar Anak Sudah Bernikah Senyap-Senyap Dengan Ira Kazar, Ini Iuahan Ibu Syamsul Yusof

Kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kembali menjadi perhatian dan tanda tanya ramai orang.

Ia selepas Puteri Sarah memuat naik status di Instagram story seolah-olah memberi hint bahawa suaminya telah berkahwin secara senyap dengan orang ketiga yang dikaitkan dengan mereka, Ira Kazar.

Pengarah berusia 38 tahun itu bagaimanapun sehingga ini memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa komen tentang khabar angin itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Bagaimanapun, ibunya, Datin Fatimah Ismail pula seakan-akan memberikan bayangan tidak merestui jika Syamsul memang sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar itu.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Fatimah telah memuat naik gambar perkahwinan anak sulungnya itu dengan Puteri Sarah dan berkata ikatan tersebut mendapat restu daripadanya dan suami, Datuk Yusof Haslam.

Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liayan mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya.”

Bukan itu sahaja, menerusi Instagram story pula Fatimah turut berkata bahawa restu ibu bapa itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan.

Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan.” Fatimah dipercayai berkongsi tentang kenyataan tersebut susulan khabar angin yang mendakwa anak lelakinya sudah bernikah dengan Ira secara senyap-senyap.

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 68, mengharapkan yang terbaik buat anaknya, Syamsul dan menantu, Puteri Sarah Liyana yang kini diuji konflik rumah tangga.

Yusof ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku terserah kepada Syamsul untuk mencari jalan yang diredai Allah SWT.

“Dalam hidup ini ada banyak persimpangan. Sebagai ibu bapa, kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Yusof berkata, dia enggan masuk campur mengenai masalah rumah tangga Syamsul yang kini didakwa sudah berkahwin dengan pelakon, Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Dalam pada itu, Yusof juga enggan mengulas mengenai tindakan Syamsul yang mahu memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap keluarganya dengan mengatakan dia sudah berkahwin lagi.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*