Radhi OAG mengaku depan peminat belum pandai baca al-Quran

Radhi OAG mengaku depan peminat belum pandai baca al-Quran

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Malawati, Shah Alam telah berlangsung pada 25 Disember 2022 telah mendapat sambutan daripada para peminat band indie lagend itu.

Belum pandai baca al-Quran
Walaupun aksi pentas vokalis utama, Radhi, 45 dikatakan agak ‘merapu’, namun peminat yang hadir tetap terhibur dengan deretan lagu ‘berhantu’ mereka iaitu, he Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu, Merpati Putih dan banyak lagi.

Dalam pada itu, memetik laporan dari Berita Harian, pemilik nama sebenar, Muhammad Radhi Razali telah membuat pengakuan di hadapan 2,000 peminat band tersebut bahawa dirinya belum pandai membaca al-Quran.

Mohon doa sedang belajar
Di kesempatan itu, dia meminta agar orang ramai dapat mendoakannya supaya dapat membaca kerana sedang dalam fasa belajar membaca kitab suci itu.

“Sejujurnya, saya belum pandai membaca al-Quran dan masih belajar.
Semoga Allah memberikan peluang untuk saya pandai membaca al-Quran, doakan saya insya-Allah,” katanya sebelum memulakan konsert yang turut mendapat sokongan ramai,” ujarnya.

Dia juga turut menyebut secara sprontan nama OAG dari Old Automatic Garbage kepada Only Allah Greatest sebagai tanda mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.

Radhi juga tidak henti mengajak para peminat berselawat sepanjang konsert sewaktu jeda untuk lagu seterusnya.

Untuk makluman, Konsert OAG 30 Tahun Generasiku menjadi konsert berskala besar yang julung kali diadakan selepas tiga dekad band itu berada dalam arena muzik tempatan.

Sumber: Berita Harian (Affan Rostam), kredit foto: Instagram Atoi_lee

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*