“Nak Saman JAWI Tu Dah Betul Sure Ke?” – Puteri Sarah Dakwa Suami Dah Kahwin Di Thailand

“Nak Saman JAWI Tu Dah Betul Sure Ke?” – Puteri Sarah Dakwa Suami Dah Kahwin Di Thailand

Boleh dikatakan, kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof semakin hari semakin hangat.

Terbaru, Puteri Sarah tampil memuat naik satu hantaran menerusi Insta storynya yang mendakwa Syamsul dan orang ketiga, Ira Kazar sudah pun berkahwin secara senyap di Thailand. Ah sudah…

Ramai yang tanya Sarah pasal ini, dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tahu kahwin kat Thailand? Pastu tak mengaku?

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga seakan mempertikaikan tindakan suaminya yang ingin menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta selepas dikatakan telah mengeluarkan satu fitnah mengenai berita perkahwinannya dengan Ira Kazar.

Apa-apa pun, nak saman JAWI itu betul-betul yakin ke? Jangan terbalik pula jadinya. Saya tanya je. Nak sambung makan popcorn kat Disneyland ni, popcorn sedap,

Wah nampak gaya macam makin panjang kemelut rumah tangga mereka berdua ni. Diharapkan agar segala urusan mereka dipermudah lah ya? Tak baik kalau suami isteri gaduh lama-lama ye tak?

Kredit: Instagram Puteri Sarah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*