Ibu Syamsul yusof tk restu lra? Iuahan buat cucu dan Puteri sarah buat ramai sebak

Ibu Syamsul yusof tk restu lra? Iuahan buat cucu dan Puteri sarah buat ramai sebak

Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian netizen sejak kebelakangan ini.

Dakwa suami sudah menikah lagi. Ia dikuatkan lagi dengan khabar angin mengatakan Syamsul dan seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar sudah bernikah di Thailand yang dinyatakan sendiri oleh Puteri Sarah.

“Teganya hati manusia lihat keluarga ini ditinggalkan”. Ibu kepada Syamsul turut beberapa kali mengeluarkan kenyataan di Instagram dengan memberi bayangan memang ada masalah antara anaknya dan isteri.

Melalui posting terbaru Datin Patimah Ismail, dia seakan meluahkan rasa sedih melihat apa yang dilalui oleh Puteri Sarah dan berdoa semoga Allah terus memberikan kebahagian kepada menantunya serta cucu-cucu tersayang.

Semoga Sarah temui kebahagian abadi. Dia juga berharap agar pelakon drama Suri Hati itu mendapat kebahagiaan yang abadi dan berharap supaya Puteri Sarah terus kuat dalam menghadapi dugaan dalam rumah tangga yang sedang dihadapi olehnya.

Untuk rekod, Syamsul Yusof ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mendakwa memberikan maklumat tidak tepat kepada isteri dan keluarganya berhubung isu bernikah satu lagi.

Namun begitu, Puteri Sarah telah meminta agar pengarah terbabit berterus terang dan mengakui apa yang dilakukan terutamanya melibatkan isu bernikah lagi dengan seorang wanita lain.

Sumber : omm

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*