Lebih 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Akhirnya Ambil Keputusan Ini Bersama Isteri

Lebih 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Akhirnya Ambil Keputusan Ini Bersama Isteri

Pelakon hebat Beto Kusyairy berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Tisha Sahar kelmarin. Menurut laporan Kosmo! Online, pemilik nama lengkap Nurkusyairy Zakuan Osman itu memohon doa orang ramai supaya urusannya dipermudahkan sepanjang berada di sana.

“Bismillah Allahuakbar. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. “Ampun maaf bagi segala salah silap saya selama di sini.

“Mohon doakan kelancaran dan segala ibadah diterima serta mendapat keberkatan-Nya. Ada umur kita jumpa lagi,” kata pelakon berusia 42 tahun itu.

Sementara itu, rakan artis seperti Zahiril Adzim dan Azhan Rani turut dilihat berada di lapangan terbang mengiringi perjalanan pelakon filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau itu ke Tanah Suci.

Mengambil berkat menghantar sahabat @beto_kusyairy & @tishashahar menjadi tetamu Allah. Selamat pergi dan selamat pulang, semoga mabrur!

“Semoga dapat kita semua berkumpul di Tanah Suci tak lama lagi. Amin,” tulis Zahiril.

Difahamkan, rakan mereka yang juga pelakon popular Datuk Adi Putra turut berangkat menunaikan ibadah umrah kelmarin.

Menerusi pemerhatian, Beto dipercayai telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya berkemungkinan untuk memfokuskan diri bagi melakukan ibadah.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Zahiril Adzim

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*