NtizenTduh Plak0n MarlaFrida Buat Ssuatu BagNmpak Muda, Ini KatKtanya Spaya Rmai Fham

NtizenTduh Plak0n MarlaFrida Buat Ssuatu BagNmpak Muda, Ini KatKtanya Spaya Rmai Fham

Kuala Lumpur – Di usia 53 tahun, pelakon, Datin Seri Maria Farida Atienza masih kekal cantik persis anak d.ara.

Ibu seorang anak ini terpaksa berdepan terlalu banyak pertanyaan. Apa rahsia, bagaimana? Pada usia awal 50-an, dia kekal cantik begitu.

Yang meny.edihkan, pelakon berd.arah kacukan Melayu Filipina itu turut menjadi m.angsa s.erangan netizen bermulut jahat. Katanya, hampir setiap hari, dia berdepan d.akwaan dan kec.aman di media sosial.

Saya hadap perkara ini. Asyik tanya klinik mana? S.untik apa? Pada tahap ini, saya tak tahu, nak marah atau anggap itu sebagai pujian.

Hakikatnya, saya tak buat apa-apa. Percaya atau tidak? Terpulang. Saya takut jarum dan kes.akitan.

“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.

Kata Maria, pada zaman serba moden, setiap wanita mampu memiliki kecantikan asli tanpa perlu melalui prosedur-prosedur yang memb.ahayakan.

“Ada yang kata, mustahil. Apa yang mustahil? Tak perlulah suntikfiller, b.edah sana sini, ikut trend. Semua boleh dimiliki tanpa perlu buat muka. Saya suka pada kecantikan asli. Saya boleh tahu, yang buat muka atau tidak. Muka bengkak, dagu panjang, hidung tinggi. Tak cantik,” katanya lagi.

Sepupu pelakon Badrul Muhayat ini bagaimanapun mengakui, tiada yang sempurna. Padanya, dia terima diri dengan seadanya.

Tiada yang sempurna. Ada masa, bila tak bersolek, saya nampak biasa sahaja. Macam pembantu rumah pun ada. Kalau keluar rumah, memanglah kena usaha sedikit. Pakailah make up. Saya ada kurangnya. Tanpa solekan, jelas nampak kedutan, lingkaran hitam bawah mata. Tapi sekarang ada f.ilter di media sosial. Itu rakan baik saya.

“Jadi tak perlu nak b.edah itu ini. Kita kena terima. Kecantikan menyerlah seiring usia. Begitu juga kelakuan kita, kena seiring usia. Walaupun aktif di TikTok, ada had yang saya tetapkan,” kongsinya.

Sering melakonkan watak sebagai seorang datin, Maria tidak merasakan dirinya m.angsa stereotaip.

Baginya, meskipun sinonim dengan watak tersebut, dia tetap memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan.

“Stereotaip? Nak buat macam mana. Saya s.untik perubahan. Walaupun acap kali diberi watak yang sama. Saya terima. Produser atau stesen penyiaran pilih pelakon berdasarkan watak. Kadang memanglah, saya nak bawa watak yang lain. Tapi pada saya, okey sahaja,” katanya

Bila disoal adakah dia masih relevan untuk watak lebih muda, katanya mengapa tidak. Bahkan Maria sebelum ini membuktikan perkara itu.

Kadang, untuk babak imbas kembali, mereka minta saya berlakon juga. Bawa watak lebih muda. Jadi, ya. Saya masih boleh bawa watak muda. Cuma perlu sesuai dengan skripnya, katanya lagi.

Dalam pada itu, Maria mengakui dia bahagia. Di samping suami dan anak. R.ahsia bahagia? Hidup sederhana katanya.

“Hidup tak sempurna. Tak ada manusia di dunia ini yang miliki segalanya. Saya gembira. Ada suami dan anak. Kami hidup sederhana. Tapi tetap bahagia.

“Suami tak pernah k.ongkong saya. Bahkan ingin melihat saya gembira. Buat apa yang saya suka. Saya hargai sokongannya,” jelasnya.

Kredit : Kosmo/IG

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*