“Tahniah Fatin Afeefa..” 5 Tahun Hidup ‘Solo’… Selamat Berkahwin… Suami pula bukan calang2…

“Tahniah Fatin Afeefa..” 5 Tahun Hidup ‘Solo’… Selamat Berkahwin… Suami pula bukan calang2…

Pelakon Fatin Afeefa selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat dan majlis pernikahan mereka dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab mencantikkan pengantin perempuan.

“Fatin Afeefa, congrats dear!” tulis Alha secara ringkas dengan memuat naik video dia sedang menyiapkan Fatin yang memakai busana pengantin serba putih.

Alha yang juga usahawan kosmetik turut memuat naik foto Fatin yang kelihatan sangat cantik selepas mendapat sentuhan jurusolek terkenal itu.

Menerusi perkongsian itu juga, Fatin tampil bertudung dan kedua-dua tangannya juga memakai inai merah.

Malah, Aliff menerusi laman Instastory miliknya turut memuat naik video ‘boomerang’ dengan berpakaian lengkap baju melayu serba putih selain rakan-rakannya juga berkongsi momen bahagia pasangan itu.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan atau perkongsian daripada Fatin di laman sosial.
Sekitar November lalu, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin.

Video tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon filem Tentang Bulan Itu sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang didakwa sorang jutawan.
Cubaan Gempak untuk menghubungi Fatin bagi mendapatkan kepastian dan maklumat lebih lanjut gagal.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*