Baru Je Semiggu Kahwin, Tak Sangka Ini Pula Berlaku Dgn Reen Rahim Buat Ramai Mula Risau

Baru Je Semiggu Kahwin, Tak Sangka Ini Pula Berlaku Dgn Reen Rahim Buat Ramai Mula Risau

Pelakon Reen Rahim, 34, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada majlis pernikahan di Boraombak Marina, di sini, malam tadi.

Tepat jam 9.05 malam, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pasangan itu dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Peminat Risau Reen Rahim Tidak Lagi Berlakon
Pelakon Reen Rahim akui tidak risau jika ‘sahamnya’ jatuh selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati yang digelar sebagai Encik H.

Memetik laporan mStar, Reen menjelaskan bahawa dia yakin yang rezeki itu datang dari Allah SWT dan telah disusun dengan baik sejak awal penglibatan dalam industri seni.

“Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin. Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak… jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.

“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin. Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” ujarnya kepada mStar.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, memaklumkan bahawa suaminya itu tidak pernah melarang atau meletakkan syarat mengenai kariernya sebagai anak seni tetapi perlu mengehadkan batas pergaulan sebagai seorang isteri.

“Bakal suami tak ada letak syarat tapi saya sendiri akan letak had tanpa perlu sesiapa beritahu saya tentangnya.

“Tak kahwin pun sama memang jaga bab itu, takkan pula selepas kahwin saya langar apa saya pertahan sebelum ini,” katanya lagi.

Ditanya mengenai persiapan kahwin pula, Reen memberitahu bahawa 90 peratus persiapan sudah lengkap dan majlis akan berlangsung dalam masa terdekat.

Tambah, Reen berasa teruja untuk majlis bertandang pihak lelaki kerana ia bertemakan kampung.

“Saya seronok sangat nanti dapat merasa kahwin dekat kampung yang ada kompang-kompang… dia ada nenek lagi jadi dia nak buat dekat kampung,” luah Reen.

Sumber: mStar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*