
Bagi Amar4n pada Fatin Afeefa? Bekas suami dedah minta ‘bukti’. Ini rupanya selama ni yg terjadi
Baru-baru ini, pelakon Adam Shahz atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghan memberi amaran kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa agar tidak lupa untuk menghadiri Mahkamah Syariah Shah Alam pada 26 Januari untuk sebutan pertama kes susulan hak penjagaan anak perempuan mereka.
Menurut laporan mStar, keputusan Adam yang mahu membawa kes berkenaan ke muka pengadilan disebabkan sukar untuk berjumpa dengan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 7, dan akan menuntut haknya sebagai seorang bapa.
“Tarikh mahkamah dapat tetapkan untuk sebutan pertama kes dan harapnya dia (Fatin) akan menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh tersebut. Buat masa ini saya hanya kemukakan satu kes sahaja tapi akan ada isu lain berbangkit,” katanya.
Pada masa yang sama juga, bagi menegakkan keadilan serta kebenaran, Adam meminta Fatin membawa segala bukti-bukti dan dokumen ke mahkamah kelak.
Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 42 tahun itu turut memaklumkan dia cakna dengan kecaman yang diterimanya di media sosial daripada netizen namun, dia mengambil langkah selamat dengan mendiamkan diri sahaja tanpa membuka aib kedua-dua belah pihak.
“Buat masa ini saya tak ingin war-warkan sangat di media sosial kerana ingin menjaga maruah kedua-dua belah pihak.
“Tapi kepada pihak sebelah sana, tolong bawa semua bukti-bukti dan dokumen yang saya minta sebelum ini. Jangan cakap sedap mulut sampai berlaku fitnah dan penghinaan terhadap saya,” ujarnya lagi.
“Buat masa ini saya tak ingin war-warkan sangat di media sosial kerana ingin menjaga maruah kedua-dua belah pihak.
“Tapi kepada pihak sebelah sana, tolong bawa semua bukti-bukti dan dokumen yang saya minta sebelum ini. Jangan cakap sedap mulut sampai berlaku fitnah dan penghinaan terhadap saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.
Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Bagaimanapun, mereka telah bercerai selepas empat tahun membina mahligai.
Sumber : oh my media dan mstar
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment