Siap bergari, Dua Usahawan Kosmetik minta kurangkan duit ikat jamin. Sekali Netlzen k0rek kisah lama

Siap bergari, Dua Usahawan Kosmetik minta kurangkan duit ikat jamin. Sekali Netlzen k0rek kisah lama

Dua wanita yang merupakan pengasas produk kosmetik bersama tiga individu lain didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan terhadap tuduhan mencederakan seorang wanita dan lelaki pada Julai tahun lalu.

Mengaku tidak bersalah. Kelima-lima orang kena saman (OKS) iaitu Nur Farhana Ismail, Anes Ayunie Osman, Muhammad Hakimi Mohd Azmi, Ahmad Weldan Zulkefli, dan Muhammad Firdaus Alias bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Tertuduh didakwa bersama-sama mencederakan An Nur Amani Nazifa Anuar sehingga cedera di kepala, leher dan tangan serta Mohamad Nurhisyam Afandi Mahadi cedera di kaki, lutut sebelah kiri dan tangan.

Difahamkan, perbuatan terbabit dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Padang Garong jam 3.00 pagi pada 9 Julai 2022. 20 Februari tarikh sebutan semula kes.

Susulan daripada itu, kelima-limanya didakwa mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 34 Kanun yang membawa hukvman penj4ra maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan menawarkan jamiman sebanyak RM5,000 seorang kepada mereka, namun peguam yang mewakili tertuduh, Ahmad Adha Amir Yasser Amri memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Memetik laporan Harian Metro, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun dan ketika kejadian, dua pengasas produk berkenaan yang berada bersama empat lagi suspek telah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang berusia 19 tahun. Menurut sumber, dua daripada tiga suspek lelaki merupakan suami kepada pengasas produk terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, keenam-enam suspek datang ke premis perniagaan mangsa dengan menaiki dua buah kereta sebelum bertindak menyerang dan memukul mangsa.

Bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian berusaha melindungi anaknya turut diserang serta dimakl hamun oleh sekumpulan suspek berkenaan.

Berdasarkan keterangan saksl dan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis setakat ini menangkap tiga lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 45 tahun.

Ini antara komen netizen.

Sumber : ohbulan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*