Yusof Haslam Kesal Dengan Syamsul, Seksa Hati Puteri Sarah Selama 4 Tahun

Yusof Haslam Kesal Dengan Syamsul, Seksa Hati Puteri Sarah Selama 4 Tahun

Hari ini, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof akhirnya buat satu pengakuan rasmi yang dia sudahpun bernikah Ira Kazar secara sah.

Memetik laporan Berita Hairan Online, bapa kepada Syamsul iaitu Yusof Haslam turut terkejut dengan berita yang baru sahaja diketahuinya daripada seorang rakan.

Yusof Haslam turut berasa kesal dengan tindakan anaknya yang berahsia selama 4 tahun sekaligus menyeksa hati seorang isteri.

Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah. Saya yakin mana-mana ibu bapa akan melakukan perkara serupa.

Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?

Jadi, tidaklah dia menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang.

Sepatutnya, cakap lebih awal…
Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.

Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi mangsa kutukan apabila dikatakan cuba membuka aib suami.

Apapun, kita doakan agar apa yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan baik.

KreditBH Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*