
Ggur Alr Mata Dtuk YusufHslam Masa Tmubual Psal Anak. Ini KatKata Bliau Buat Rmai RasaSbak
Kuala Lumpur – Produser terkenal, Datuk Yusof Haslam mend.akwa hanya tahu anaknya, Syamsul Yusof sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand selepas dimaklumkan seorang rakan.
Yusof mend.akwa tidak tahu menahu mengenai pernikahan Syamsul dengan isteri keduanya itu, namun yakin anaknya sudah cukup dewasa untuk menentukan baik dan b.uruk sesuatu perkara.
Bagaimanapun, Yusof k.esal dengan t.indakan Syamsul yang menyembunyikan perkara itu terlalu lama serta tidak berterus terang daripada awal tercetusnya ke.melut rumah tangga denyan menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah.
Cuma, saya sedikit k.esal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?.
Jadi, tidaklah dia meny.eksa hati dan perasaan Sarah serta mel.ukakan hati banyak orang. Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, m.asalah dapat diselesaikan dengan cepat.
“Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi m.angsa k.utukan apabila dikatakan cuba membuka a.ib suami,” katanya.
Menurut Yusof, sebagai bapa, dia tidak lagi dapat berbuat apa-apa kerana Syamsul juga sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga.
Sudah bernikah bukan?. Jadi saya harap semua dapat teruskan kehidupan. Baik saya, isteri, Sarah, Syamsul, keluarga, semua kena moveon. Benda sudah jadi dan tak dapat p.atah balik.
Cuma saya harap Syamsul dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa secara berhemah.Kalau kena pergi m.ahkamah selepas ini pun, selesai cara baik. Kalau jodoh berpanjangan, lakukan terbaik.
“Kalau benar sayangkan isteri, jagalah dan pujuklah dia baik-baik sebab Sarah pun sudah lama makan hati. Ini, pujuk pun tidak. Kalau tiada jodoh pun, kena reda tapi tanggungjawab tetap kena jalankan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Walau apapun berlaku, Yusof berkata, sebagai bapa, dia tidak pernah berde.ndam terhadap anaknya, malah, sebesar zarah sekali pun dia tidak akan membe.nci atau memb.oikot Syamsul.
Saya perlu terima kerana ini soal qada dan qadar dari Allah. Cuma, saya berharap Sarah tabah dalam menghadapi ujian ini.
Bagi saya, Sarah ada hak untuk buat apa yang dirasakan betul kerana sebagai isteri, dia yang menanggung perit g.etir itu.
Namun, saya ingin berpesan kepada Syamsul agar dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya.
“Seandainya terjadi sesuatu kepada rumah tangga dia dan Sarah, saya mohon dia tetap jalankan tanggungjawab memberi nafkah,” katanya.
Kredit : HM/TV3
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment